Asas Sains Komputer: Asas Pemikiran Komputasional T1

0
2975

Asas Pemikiran Komputasional Tingkatan 1 menekankan tentang aspek pemikiran komputasional.

Dalam aspek ini, pemikiran komputasional diterangkan bagi membolehkan pelajar memahami bagaimana komputer melaksanakan arahan dan tugasan yang telah diberikan kepadanya oleh manusia.

Secara amnya, komputer tidak boleh berfikir sendiri, tetapi ianya melaksanakan sesuatu arahan dan tugasan yang diberikan mengikut satu siri arahan yang melalui proses pemikiran komputasional.

DEFINISI PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Pemikiran komputasional bermaksud satu proses pemikiran bagi tujuan menyelesaikan masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains komputer.

PROSES PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Pemikiran komputasional memecahkan sesuatu masalah kepada bahagian – bahagian lebih kecil sebelum ianya boleh dicam dan diselesaikan.

Semasa proses ini berlaku, perkara – perkara tidak penting akan diabaikan dan ciri – ciri penting yang mempunyai kesamaan akan dititik beratkan dalam menghasilkan solusi.

Proses pemikiran komputasional dapat di permudahkan dengan gambarajah dibawah.

TEKNIK DALAM PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Terdapat empat teknik utama di dalam pemikiran komputasional. Ianya adalah:

  1. Teknik Leraian (Decomposiotion) : Pemecahan suatu masalah kepada bahagian kecil
  2. Teknik Pengecaman corak (Pattern Recognition) : Bahagian kecil yang sudah dipecahkan akan dipisah dan dianalisis bagi mengenalpasti corak – corak kesamaan.
  3. Teknik Peniskalaan (Abstraction) : Aspek kurang penting akan diasingkan dan ditinggalkan dan fokus akan diberi kepada aspek penting sahaja dalam menyelesaikan masalah.
  4. Teknik Pengitlakan (Generalisation) : Melibatkan pembinaan model penyelesaian masalah yang dihadapi.  Model boleh hadir dalam bentuk formula, teknik, peraturan atau langkah – langkah terhadap menyelesaikan masalah.

VIDEO ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL TINGKATAN 1

1VIDEO PENERANGAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

2VIDEO PENERANGAN TEKNIK LERAIAN

3VIDEO PENERANGAN PENGECAMAN CORAK

4VIDEO PENERANGAN TEKNIK PENISKALAAN

5VIDEO PENERANGAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN ASPEK PENTING

6VIDEO PENERANGAN CIRI KESAMAAN MASALAH

*Akan Dikemaskini*

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.

Laman ini dikemaskini oleh saya dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri , namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila FOLLOW saya di FACEBOOK.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.