Asas Sains Komputer (ASK)
Asas Sains Komputer (ASK) adalah sub-kategori kepada kategori Pendidikan dalam Blog.CyrilDason.com, iaitu sebuah blog yang dimulakan oleh Cyril Dason pad 2008.
Kategori ini merupakan kesinambungan kategori sama dalam laman blog chegu.cyrildason.com (yang kini telah ditutup), dimana maklumat, dan perkongsian berkenaan pendidikan, khususnya matapelajaran Asas Sains Komputer (ASK).
Dalam kategori ini, sukatan pengajaran, tutorial, tips pendidikan serta bahan – bahan untuk memperdalamkan ilmu serta mengajar tajuk ASK dikongsikan secara percuma.
Bahan di bawah kategori ini adalah dalam Bahasa Melayu kerana kumpulan sasaran adalah pembaca berbahasa Melayu. Mata pelaaran ASK juga diajar dalam Bahasa Melayu di sekolah.
Cyril Dason adalah seorang guru sekolah menengah yang mempunyai kelulusan dalam bidang PPU. Beliau telah menceburi bidang penghasilan bahan secara maya selama lebih 15 tahun, dan merupakan guru sejak 2007.
Selain blog ini, beliau juga memiliki laman web SarawakCrocs.com (Bolasepak) dan KuchingBorneo.info (Pengembaraan). Beliau juga mempunyai pengikut di laman sosial seperti Instagram, Twitter and Youtube.
Memandangkan tajuk Algoritma di dalam Asas Sains Komputer (ASK) agak sukar difahami oleh pelajar, di sini saya kongsikan beberapa maklumat penting bagi membolehkan pelajar lebih memahami tajuk ini. Di bahagain akhir laman ini, saya juga telah menyertakan video-video Youtube yang saya temui untuk memantapkan lagi pemahaman pelajar berkenaan tajuk ini. Sila pilih tajuk dibawah untuk
Asas Sains Komputer: Algoritma Tingkatan 1 Read Post »
Asas Pemikiran Komputasional Tingkatan 1 menekankan tentang aspek pemikiran komputasional. Dalam aspek ini, pemikiran komputasional diterangkan bagi membolehkan pelajar memahami bagaimana komputer melaksanakan arahan dan tugasan yang telah diberikan kepadanya oleh manusia. Secara amnya, komputer tidak boleh berfikir sendiri, tetapi ianya melaksanakan sesuatu arahan dan tugasan yang diberikan mengikut satu siri arahan yang melalui proses
Asas Sains Komputer: Asas Pemikiran Komputasional T1 Read Post »
Asas Sains Komputer (ASK) merupakan kesinambungan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah diperkenalkan kepada murid di sekolah rendah dan menggantikan program Information and Communication Technology Literacy (ICTL) sekolah menengah yang telah dilaksanakan mulai tahun 2007. Ianya menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi, dan sering ditawarkan kepada kelas – kelas yang dilihat berkebolehan memahami
Asas Sains Komputer (ASK) Read Post »