DSKP KSSM MPV – MPPU Tingkatan 4

DSKP KSSM MPV – MPPU Tingkatan 4, atau juga dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara (MPPPU) Tingkatan 4, merupakan dokumen untuk mata pelajaran elektif di dalam kelompok Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ianya digubal untuk menyediakan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dengan asas profesional bidang pekerjaan teknikal seiring dengan perkembangan teknologi dan menyumbang peningkatan ekonomi negara.

KSSM MPV MPPPU berfokuskan kepada perkembangan teknologi dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara yang menekankan pengetahuan teras teknikal, kemahiran kebolehkerjaan serta nilai dan etika profesionalisme.

Kandungan KSSM MPV MPPPU mampu melengkapkan murid dengan kemahiran asas yang diperlukan bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri ke-4 dan memenuhi keperluan tenaga kerja industri untuk memacu ekonomi Malaysia.

KSSM MPV MPPPU menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid dan penglibatan mereka secara aktif dalam kerja kumpulan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti, imaginasi, semangat kerja sepasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah.

KSSM MPV MPPPU juga memberi peluang kepada murid untuk mengalami pembelajaran secara inkuiri yang melibatkan perbincangan, penaakulan dan membuat refleksi ke arah melahirkan insan yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) KSSM MPV MPPPU dilaksanakan secara bersepadu merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai pelbagai bidang kejuruteraan seiring dengan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani.

KSSM MPV MPPPU mengambil kira pemerhatian, maklum balas dan pengalaman melalui proses PdP bagi membolehkan artikulasi ke peringkt tertiari serta memenuhi keperluan industri.

MATLAMAT DSKP KSSM MPV – MPPU

KSSM MPV MPPPU bermatlamat untuk menyediakan murid dengan asas ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara.

Ini adalah sebagai usaha ke arah melahirkan juruteknik yang boleh menjana idea kreatif dan bijak membuat keputusan, inovatif dan berdaya saing di peringkat global untuk mendepani cabaran abad ke-21 seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa industri untuk mencapai matlamat negara maju yang lestari.

OBJEKTIF

KSSM MPV MPPPU bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:

  1. Memahami etika dan prospek kerjaya dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara.
  2. Mematuhi kepiawaian Industri dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara.
  3. Mengaplikasi kerja-kerja pemaipan dan pengendalian bahan pendingin dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara dengan selamat.
  4. Memahami sistem kendalian asas, pemasangan unit penyamanan udara dan kipas pengudaraan, mengesan kerosakan, proses baikpulih, kerja penyelenggaraan dan menservis Penyamanan dan Pengalihan Udara.
  5. Mengamalkan ciri-ciri keusahawanan dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan udara.
  6. Mengamalkan nilai dan budaya kerja yang baik dan mengikut kriteria yang ditetapkan dalam Penyejukan dan Penyamanan Udara.

FOKUS

KSSM Mata Pelajaran Vokasional Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara memberi tumpuan terhadap penguasaan pengetahuan berteraskan kepada aliran
teknikal dan vokasional, kemahiran kebolehkerjaan dalam bidang kejuruteraan mekanikal serta memupuk nilai profesionalisme dan etika bagi keseimbangan pembangunan negara dan kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

Skop kandungan kurikulum KSSM Mata Pelajaran Vokasional Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara meliputi topik seperti pengenalan asas menservis peralatan penyejukan dan penyamanan udara, kerja-kerja pengendalian, mengesan kerosakan dan membaikpulih empat jenis unit penyejukan dan penyamanan udara iaitu unit penyaman udara jenis tingkap, unit penyaman udara jenis pisah, unit penyaman
udara mudah alih dan kipas pengudaraan.

Disamping itu elemen keusahawanan juga diterapkan sepanjang proses pembelajaran murid.

Kurikulum KSSM Mata Pelajaran Vokasional Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara memberi penekanan kemahiran melalui latihan amali yang releven dengan bidang pekerjaan yang sebenar dalam memperkembangkan minat murid menjadi tenaga kerja mahir yang berfikiran professional serta sebagai landasan untuk melanjutkan pelajaran keperingkat tertiari.

MUAT TURUN DSKP PVMA – PPU T4

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top