Rancangan Pembelajaran PVMA – PPU

Rancangan Sesi Latihan (RSL) diperkenalkan bagi menggantikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) manakala Rancangan Pengajaran Harian digantikan dengan Rancangan Pembelajaran (RP) PVMA.

Format RSL dan RP juga diperkenalkan sebagai pakej di dalam Transformasi Pendidikan Vokasional dan guru PVMA adalah dipohon menyediakan rancangan pengajaran mengikut format Competency-Based-Training and Assessment (CBTA).

Rancangan Pembelajaran (RP) adalah rancangan guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal.

RP juga merupakan rancangan yang spesifik dengan merujuk kepada kriteria yang perlu dicapai, susunan proses pembelajaran, bahan sumber pembelajaran dan catatan masa. RP akan membantu guru untuk mengendalikan sesi pembelajaran dengan tersusun dan terkawal.

Guru tidak perlu menyatakan bentuk eviden di dalam RP kerana telah dinyatakan di dalam RSL.

RSL dan RP saling berkaitan dan perlu disusun mengikut susunan standard kandungan.  RSL akan disediakan dahulu kemudian diikuti oleh RP.

Pendekatan secara CBTA di sekolah bermula dengan penyediaan RSL dan pematuhannya semasa proses pengajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal.

Panduan menulis Rancangan Pembelajaran PVMA

Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar dan bahan sumber agar proses pengajaran pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Objektif utama menulis RSL dan RP ialah menolong guru merancang pengajaran dengan lebih baik supaya lebih yakin dan bersedia untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal.

Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu modul/mata pelajaran atau beberapa modul/mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

RSL adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal. Guru boleh memilih untuk menyediakan RSL seperti berikut:

Sama ada:

6.2.1 Satu RSL bagi setiap satu Standard Kandungan (contoh: Modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik mengandungi 5 Standard Kandungan, maka sediakan 5 RSL),

atau,

6.2.2 Satu RSL bagi setiap satu Standard Pembelajaran (contoh: Modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik mengandungi 13 Standard Pembelajaran, maka sediakan 13 RSL – seterusnya jika mampu bolehlah disediakan seberapa banyak RSL diperlukan bagi setiap satu modul. RSL yang terlalu banyak adalah tidak digalakkan.

RP pula adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal bercorak hands-on.

Guru akan mengajar lebih dari satu kumpulan murid kerana CBTA membenarkan murid mengulang standard sehingga kompeten setiap Kriteria Pencapaian.

Sebagai contoh, murid yang tidak kompeten semalam akan mengulang semula kompetensi yang mereka belum kompeten pada hari berikutnya sehingga kompeten.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada kebijaksanaan guru untuk merancang bilangan kumpulan yang perlu dibentuk dalam satu-satu masa PdP.

RSL dan RP disediakan dalam bentuk softcopy sekali sahaja pada awal penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan akan dikemaskini apabila terdapat DSK baru.

Semua guru boleh berkongsi RSL dan RP. RP perlu dicetak setiap kali sebelum PdP bermula dan ruangan refleksi ditulis tangan selepas proses P&P selesai.

CONTOH RP

Terdapat banyak cara menghasilkan RP agar ianya kelihatan menarik untuk digunakan.  Di bawah ini adalah RSL yang disediakan oleh SMK Taman Desa Jaya, Johor Bahru, Johor, yang mungkin boleh dijadikan panduan.

Harus diingat bahawa RP boleh berubah mengikut NOSS, dan guru perlu peka terhadap perubahan ini.

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top