Kenali jenis – jenis jawapan dalam Google Forms

1
1417

Google Forms adalah satu komponen Google Drive yang amat berkuasa.

Ianya boleh digunakan untuk membuat kuiz, mengumpul maklumat dan melaksanakan persembahan.

Dalam pembinaan Google Forms, cara jawapan diterima adalah satu komponen penting, namun sebelum anda menggunakan Forms, anda perlu ‘fasih’ dan tahu akan jenis jawapan yang boleh anda terima dengan menggunakan Forms.

Jenis jawapan dalam Google Forms

Di bawah ini saya jelaskan semua jenis jawapan yang boleh didapati dalam Google Forms.

Turut dinyatakan adalah cara terbaik untuk menggunakannya.

a) Short answer

Penerangan: ‘Short answer’ atau jawapan pendek merupakan pilihan pertama dalam senarai jenis pilihan Google Forms.

Kesesuaian: Sesuai digunakan untuk penulisan nama atau jawapan – jawapan pendek yang tidak melibatkan ayat.

b) Paragraph

Penerangan: ‘Paragraph’ atau perenggan merupakan pilihan kedua dalam senarai jenis pilihan Google Forms. Ianya membolehkan jawapan yang melebihi 100 aksara dan biasanya digunakan untuk jawapan yang memerlukan jawapan panjang.

Kesesuaian: Sesuai digunakan untuk penulisan jawapan yang memerlukan ayat penuh dan lengkap.  Kerap digunakan untuk penulisan esei atau jawapan yang perlu berstuktur lengkap.

c) Multiple choice

Penerangan: ‘Multiple choice’ atau pilihan jawapan menyenaraikan beberapa pilihan sebagai jawapan.  Ianya seperti jawapan objektif yang biasa digunakan pada kertas.

Kesesuaian: Sesuai digunakan untuk soalan yang mana mempunyai satu jawapan sahaja dimana jawapan lain tidak boleh dimasukkan.

d) Checkbox

Penerangan: ‘Checkbox’ atau kotak tanda merupakan jenis jawapan yang memberikan lebih dari satu pilihan.

Kesesuaian: Ianya sesuai digunakan sekiranya pilihan jawapan adalah lebih daripada satu. Contohnya dalam memilih makanan kegemaran untuk seseorang.

e) Drop down

Penerangan: ‘Drop down’ membenarkan hanya satu jawapan dari senarai yang sudah disediakan.  Penggunaannya hampir serupa dengan ‘Multiple choice’.

Kesesuaian: Ianya sesuai digunakan untuk pemilihan satu pilihan dari satu senarai yang sudah sedia ada.

f) File upload

 

Penerangan: ‘File upload’ membolehkan pengguna memuat naik fail kepada Google Drive dalam Google Forms anda.  Pelbagai jenis fail boleh dimuat naik dengan saiz fail paling besar dibenarkan adalah 1GB.

Kesesuaian: Sesuai digunakan untuk maklum balas yang memerlukan gambar, fail atau dokumen sebagai rujukan.

g) Linear scale

Penerangan: ‘Liner scale’ atau skala linear merupakan jawaan yang membolehkan anda memilih aras.

Kesesuaian: Sesuai digunakan untuk survei dimana skala nombor digunakan untuk memberi keberkesanan sesuatu.  Juga boleh digunakan untuk maklumbalas berkaitan kepuasan terhadap sesuatu.  Tidak sesuai untuk soalan yang mempunyai satu sahaja jawapan.

h) Multiple choice grid

Penerangan: ‘Multiple choice grid’ mengembangkan fungsi jawapan jenis multiple choice pada Google Forms.  Untuk jawapan jenis ini, pilihan jawapan diletakkan pada bahagian lajur dan soalan diletakkan pada bahagian baris. Untuk jawapan jenis ini, setiap soalan pada satu satu baris hanya boleh mempunyai satu jawapan dari tiga pilihan yang diberikan pada bahagian lajur.

Kesesuaian: Sesuai digunakan untuk jawapan yang mempunyai jawapan yang sama dimana pilihan jawapan akan diletakkan pada bahagian lajur dan bahagian baris akan menjadi bahagian soalan.

i) Checkbox grid

Penerangan: ‘Checkbox grid’ adalah kembangan daripada jenis jawapan checkbox.  Ianya hampir serupa dengan jenis ‘multiple choice grid’ dengan perbezaan pada cara memilih jawapan.  Untuk jawapan jenis ini, pilihan jawapan (di bahagian lajur) boleh ditanda lebih dari satu untuk setiap soalan pada bahagian baris.

Kesesuaian: Sesuai digunakan untuk soalan yang mempunyai jawapan sama dimana pilihan jawapan boleh lebih dari satu.

j) Date

 

Penerangan: ‘Date’ atau tarikh merupakan pilihan jawapan untuk memasukkan tarikh.

Kesesuaian: Sesuai digunakan untuk borang – borang yang memerlukan seseorang menyatakan tarikh sesuatu ugasan atau borang (yang telah dilakukan secara manual).

k) Time

Penerangan: ‘Time’ atau masa membolehkan pengguna borang meletakkan tarikh pada borang tersebut.

Kesesuaian: Sesuai digunakan untuk meletakkan tarikh bagi memaklumkan masa penghantaran sesuatu tugasan atau borang (yang dilakukan secara manual).

Fahami jenis jawapan dalam Google Forms

Saya berharap penerangan berkenaan jenis jawapan dalam Google Forms diatas mampu membantu anda dalam menggunakan Google Classroom, khususnya fungsi forms.

Jika anda ingin melihat lebih banyak tutorial dan perkongsian berbentuk video, subscribe kepada channel Youtube saya atau ikuti saya di Facebook.

Diharapkan tips saya di sini membantu.

Selamat mencuba.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.