Cara scan dokumen menggunakan smartphone

0
509
ASUS VivoBook S Fingerprint Scanner
ASUS VivoBook S Fingerprint Scanner

Pada era kini, scan dokumen menggunakan smartphone bukan lagi satu perkara baharu.

Malahan, pengimbasan (scanning) dokumen menggunakan telefon pintar (smartphone) ini sudah kerap kali diguna pakai oleh pelbagai pihak termasuk guru dengan kemajuan dan pembinaan aplikasi yang memudahkan kerja-kerja mengimbas dokumen dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Aplikasi pengimbas ini berfungsi dengan mengambil gambar dokumen yang ingin diimbas, dan aplikasi tersebut akan menukarkan dokumen tersebut kepada bentuk yang anda kehendaki, setaraf seperti mengimbas dengan menggunakan pengimbas biasa.

Ini secara tidak langsung memudahkan kerja-kerja pengimbasan kerana anda tidak perlu lagi membeli pengimbas.

Malahan menggunakan aplikasi pengimbas membolehkan anda menghantar dokumen yang telah diimbas itu terus ke rakan lain samada melalui aplikasi pesanan seperti WhatsApp, Telegram atau melalui email.

Untuk itu, di sini saya mencadangkan penggunaan perisian bernama Tiny Scanner.

KELEBIHAN SCAN DOCUMEN MENGGUNAKAN SMARTPHONE

  • Kualiti hampir sama seperti menggunakan Scanner.
  • Boleh save sebagai PDF.
  • Boleh save lebih dari 1 muka surat menjadi PDF.
  • Dokumen diimbas menggunakan kamera smartphone.
  • Sekiranya dokumen bewarna, anda boleh terus convert kepada black and white.
  • Boleh save dan juga share terus ke email, serta jika anda upgrade ke pro version boleh share ke Google Drive, Dropbox dan banyak lagi.

CARA DOWNLOAD TINY SCANNER

  1. Buka Play Store anda
  2. Taip Tiny Scanner di ruang search.
  3. Tekan Install.
  4. Tunggu sehingga siap install dan boleh terus gunakannya.

Anda juga boleh terus memasang (install) aplikasi tersebut melalu link di bawah:

INSTALL TINY SCANNER

Selain aplikasi Tiny Scanner, hadir aplikasi pengimbas lain seperti CamScanner, Simple Scanner dan Clear Scanner.

Cara menggunakan aplikasi Tiny Scanner dan aplikasi pengimbasan lain adalah hampir sama jadi panduan diatas masih boleh digunakan.

Sungguhpun demikian, pada hemah saya, Tiny Scanner adalah yang paling baik kerana ianya percuma, mempunyai had penggunaan bukan premium yang baik dan mudah digunakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.