Rancangan Pengajaran Tahunan ASK Tingkatan 1

Rancangan Pengajaran Tahunan ASK Tingkatan 1 (RPT Asas Sains Komputer Tingkatan 1) mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ianya lazim dibuat sebelum sesi persekolahan bermula oleh Ketua Panitia sesuatu matapalajaran.

Ia merupakan panduan utama kepada sesi pengajaran bagi seorang guru di sesebuah sekolah.

CIRI – CIRI RANCANGAN TAHUNAN TINGKATAN 1

Rancangan Tahunan ASK Tingkatan 1 adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan.

Rancangan Pengajaran Tahunan ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula dimana ia berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh setiap guru.

Sebagai medium panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.

Guru dapat merancang masa secara rapi agar proses penyampaian keseluruhan tajuk dalam sukatan pelajaran berjalan dengan lancar selaras dengan takwim sekolah

Guru dapat merancang pembahagian sukatan pelajaran sepanjang tahun.

Guru dapat memilih jenis-jenis bahan bantu mengajar (ABM) mengikut kesesuaian sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam objektif pengajaran dia.

Dalam erti kata lain, RPT haruslah

  • Dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran.
  • Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.
  • Merangkumi sepanjang tahun.
  • Diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid.
  • Disusun berdasarkan takwim sekolah

KEPENTINGAN RPT ASK TINGKATAN 1

Rancangan pengajaran tahunan membantu guru untuk menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah.

Ianya juga digunakan untuk mengelakkan daripada mengajar topik yang tidak berkaitan

Dengan menggunakan RPT, guru dapat menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid.

Hasil kajian mendapati punca kegagalan tingkah laku pelajar , prestasi rendah pelajar di sekolah-sekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancang dengan baik dalam bilik darjah.

Kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan menguruskan bilik darjah akan dapat menghindari pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif.

MUAT TURUN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN ASK TINGKATAN 1

DOWNLOAD RANCANGAN TAHUNAN ASK T1

KESIMPULAN

Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah pemangkin kepada kecemerlangan murid bagi melahirkan modal insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru.

Model perancangan yang sesuai seperti plan, do, check and act boleh digunakan sebagai garis panduan penyediaan rancangan pengajaran

 

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top