WIM PVMA – PPU edisi 2021 atau bahan pengajaran bertulis (WIM) Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) Penyejukbekuan dan Penyamanan Udada (PPU) ialah dokumen utama yang disediakan untuk kegunaan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang telah ditambah baik oleh pihak BLPTV.
Penambahbaikan ini telah dilakukan sebelum 2021, dan akhirnya sah digunapakai bagi Kohort ambilan 2022.
Ianya masih menggunakan kod NOSS ME-020-2-2012-C02, dan digunapakai untuk kedua-dua Tingkatan 4 dan 5 bermula tahun 2022.
Bahagian WIM PVMA – PPU
Bahan Pembelajaran dalam WIM kali ini mengandungi sembilan bahagian yakni;
- Jadual Pembahagian WIM (JPW)
- Pelan Mengajar Teori (PMT)
- Kertas Penerangan (KP)
- Kertas Tugasan (KT)
- Pelan Mengajar Amali (PMA)
- Kertas Kerja (KK)
- Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
- Penilaian Teori (KA)
- Penilaian Prestasi (PA)
Ianya lebih lengkap dan menyeluruh berbanding WIM sebelum ini dan dijangka akan digunapakai sehingga tahun 2025.
Muat turun WIM PVMA – PPU edisi 2021
Bagi memudahkan anda menggunakan WIM PVMA – PPU edisi habaru ini, ada boleh memuat turunnya di pautan dibawah melalui capaian folder setiap tajuk, atau melalui muat turn fail ZIP.