Video Kod Arahan Tingkatan 1 di sini dikongsikan khusus untuk membantu pelajar memahami tajuk – tajuk di bawah kod arahan.
Saya sedar dan tahu bahawa tajuk Kod Arahan tidak mudah untuk digapai pelajar, khususnya yang masih baru berjinak dengan kod aturcara.
Walaubagaimanapun, dengan video kod arahan Tingkatan 1 ini, disertakan juga dengan buku teks yang dibekalkan Kementerian Pelajaran Malaysia, saya berharap pelajar mampu menguasai tajuk ini.
VIDEO KOD ARAHAN TINGKATAN 1 HTML
HTML adalah singkatan untuk HyperText Marku Languague yang dibangunkan saintis bernama Tim Berners-Lee.
HTML adalah kod yang membantu pengguna internet berkomunikasi dengan pengguna lain di World Wide Web (WWW).
Ianya ditulis dengan menggunakan perisian Notepad.
MELAKAR PAPAN CERITA
Papan cerita iasalh satu siri lakaran yang menggambarkan isi kandungan untuk setiap paparan skrin suatu laman sesawang.
TAG DALAM HTML
HTML menggunakan kod – kod arahan yang dipangil tag HTML.
PARAGRAPH HEADINGS DALAM HTML
Paragraph headings mengarahkan pelayar web supaya memaparkan teks dengan saiz tertentu.
BANNER DALAM HTML
Banner ialah sepanduk web yang diletakkan dalam laman sesawang dan boleh digunakan sebagai tajuk kepada laman.
FRAME DALAM HTML
Frame adalah bingkai pada laman sesawang yang membahagikan sesebuah laman sesawang.
MENU DALAM HTML
Menu ialah pautan pantas ke bahagian – bahagian tertentu dalam laman sesawang.
PAUTAN TEKS DAN IMEJ DALAM HTML
Pautan membolehkan teks atau gambar disambungkan ke lokasi – lokasi lain.
MEMASUKKAN IMEJ DALAM HTML
Kemahiran memasukkan imej dalam HTML adalah penting bagi membolehkan laman web mempunyai gambar.
PULL-DOWN MENU DALAM HTML
Pull down menu adalah sejenis menu yang menyenangkan proses memasukkan dan memilih satu item yang diperlukan daripada senarai yang panjang.
RUANG KOMEN DALAM HTML
Ruang komen dalam HTML merupakan kod arahan HTML yang membenarkan pelawat memberi maklum balas apabila melayari laman sesawang (website).
VIDEO KOD ARAHAN: MENGESAN RALAT
Ralat merupakan kesilapan yang berlaku sehingga menyebabkan sesebuah program tidak dapat digunakan.
MEMBINA LAMAN WEB INTERAKTIF
Pembinaan laman web interaktif dengan menggunakan kod HTML adalah mudah dan ianya diperkenalkan di sini.
Tentang perkongsian pendidikan
Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).
Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah. Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.
Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.
Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.