Tajuk Perwakilan Data di dalam Asas Sains Komputer (ASK) diajar dalam ketiga – tiga aras Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
Setiap aras memberi pendedahan kepada konsep baharu di dalam perwakilan data.
Untuk Perwakilan Data Tingkatan 1, penekanan diberikan kepada Sistem Nombor Perduaan yang melibatkan Nombor Asas 2, Nombor Persepuluh, dan Nombor ASCII. Tajuk ini juga menekankan Ukuran Data yang melibatkan pengukuran data audio, imej dan saiz fail.
Di sini saya kongsikan beberapa maklumat penting bagi membolehkan pelajar lebih memahami tajuk ini.
Di bahagain akhir laman ini, saya juga telah menyertakan video-video Youtube yang saya temui untuk memantapkan lagi pemahaman pelajar berkenaan tajuk ini.
Sila pilih tajuk dibawah untuk membaca nota dan menonton video berkaitan.
1PENGENALAN NOMBOR PERPULUHAN & NOMBOR PERDUAAN
Isyarat elektrik wujud dalam keadaan ON dan OFF.
Di dalam komputer, digit 1 mewakili keadaan ON, manakala 0 mewakili OFF. Komputer melihat semua data dalam siri nombor perduaan yang mana diwakili oleh digit 0 dan 1.
Semua data yang diperolehi komputer akan ditukar kepada format nombor perduaan.
SISTEM ASAS 10
Manusia menggunakan sistem perpuluhan dalam kehidupan seharian. Ini melibatkan penggunaan digit 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.
Nilai sesuatu digit di dalam nombor perpuluhan bergantung kepada nilai tempatnya.
Nombor perpuluhan juga dikenali sebagai Sistem Asas 10, dan juga nombor persepuluh.
SISTEM ASAS 2
Nombor Perduaan diwakili oleh digit 0 dan 1.
Seperti nombor perpuluhan, nilai sesuatu digit di dalam nombor perduaan bergantung kepada nilai tempatnya.
Nombor perduaan juga dikenali sebagai sistem asas 2 atau nombor binari.
VIDEO PENERANGAN
Saksikan video dibawah untuk memantapkan lagi pemahaman anda terhadap nombor perduaan dan nombor perpuluhan.
2PENUKARAN NOMBOR
Nombor perduaan boleh ditukar kepada nombor perpuluhan, dan sebaliknya. Dibawah diterangkan bagaimana kedua dua sistem nombor tersebut boleh ditukar.
PENUKARAN NOMBOR PERDUAAN KEPADA NOMBOR PERPULUHAN
Penukaran nombor perduaan kepada nombor perpuluhan memerlukan pengetahuan berkenaan nilai tempat nombor perduaan yang ingin ditukar.
Video dibawah menerangkan secara lebih terperinci.
PENUKARAN NOMBOR PERPULUHAN KEPADA NOMBOR PERDUAAN
Terdapat dua kaedah menukar nombor perduaan kepada nombor perpuluhan.
Langkah pertama adalah dengan menggunakan kaedah mengira bahagi dengan 2 dan mengira bakinya, manakala langakh satu lagi adalah dengan menggunakan kaedah ambil dari baki.
Secara ringkasnya, video dibawah menerangkan penukaran nombor perduaan kepada nombor perpuluhan, dan sebaliknya.
3PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN NOMBOR PERDUAAN
Penambahan dan penolakan nombor perduaan adalah tidak sama dengan penambahan nombor biasa (nombor perpuluhan).
PENAMBAHAN NOMBOR PERPULUHAN
Untuk operasi penambahan nombor perpuluhan, anda perlu ingat nilai – nilai dibawah.
- 0 + 0 = 0
- 0 + 1 = 1
- 1 + 0 = 1
- 1 + 1 = 10
- 10 + 1 = 11
Penyelesaian penambahan nombor perpuluhan mesti dibuat dalam bentuk lazim.
PENOLAKAN NOMBOR PERPULUHAN
Untuk operasi penolakan nombor perpuluhan, anda perlu ingat nilai – nilai dibawah.
- 0 – 0 = 0
- 1 – 0 = 1
- 1 – 1 = 0
- 10 – 1 = 1
Penyelesaian penolakan nombor perpuluhan mesti dibuat dalam bentuk lazim.
Untuk video lain berkaitan dengan Asas Sains Komputer, sila subscribe channel Youtube saya.
4KOD ASCII
ASCII adalah singkatan untuk American Standard Code for Information Interchange.
Kod ASCII menggunakan nombor perduaan bagi mewakili setiap aksara pada papan kekunci (keyboard). Di bawah adalah kod ASCII dan bagaimana ianya diwakili oleh nombor perduaan.
PENOLAKAN DAN PENAMBAHAN
Penolakan dan penambahan Kod ASCII adalah sama seperti penambahan dan penolakan nombor perduaan.
5UKURAN DATA IMEJÂ
Imej digital adalah gambar yang dirakam dan disimpan dalam bentuk pola 0 dan 1.
Apabila sesuatu imej digital dibesarkan, akan terserlahlah bintik – bintik kecil pada imej tersebut. Bintik kecil ini dipanggil piksel (pixel). Piksel adalah elemen terkecil pada satu imej digital. semakin banyak piksel sesuatu imej digital, semakin tajam imej tersebut.
Sesuatu imej digital mempunyai beberapa sifat yang dipanggil atribut. Atribut bagi imej digital adalah:
- resolusi (resolution) – Bilangan piksel pada satu imej. Ia diukur dalam dots per inch (dpi). Semakin tinggi dpi, sebakin tajam imej.
- dimensi (dimension) – ukuran panjang dan lebar imej dalam bentuk piksel.
- kedalaman warna (colour depth) – bilangan bit 0 dan 1 yang digunakan untuk menandakan satu warna yang tertentu dalam satu imej digital. Lebih banyak bilangan warna, lebih dalam kedalaman warna imej tersebut.
6HUBUNGKAIT ANTARA SAIZ DATA
Terdapat empat jenis fail emaj yang dipelajari. Ianya diterangkan dibawah.
VIDEO UKURAN IMEJ DIGITAL
Di sini saya letakkan video untuk mempelajari tajuk ini dibawah ini.
Untuk video lain berkaitan dengan Asas Sains Komputer, sila subscribe channel Youtube saya.
7UKURAN DATA AUDIO
Audio digital adalah isyarat bunyi yang ditukar kepada nombor perduaan dan disimpan dalam bentuk pola – pola bit.
Sesuatu audio digital mempunyai beberapa sifat yang dipanggil atribut. Atribut bagi audio digital adalah:
- kadar sampel
- bilangan sampel sesaat yang diambil oleh alat analog-to-digital converter (ADC) semasa melakukan proses pendigitalan audo analog.
- diukur dalam unit hertz (Hz)
- 1 Hz = 1 sampel sesaat
- semakin banyak bilangan sampel, semakin baik kualiti audio
- kedalaman bit
- bilangan bit (o dan 1) yang digunakan untuk mewakili aras rakaman setiap aras audio digital
- menentukan kualiti audio digital
- lebih banyak bit digunakan, lebih hampir bunyi digital tersebut kepada bunyi analog asal
VIDEO UKURAN AUDIO
Di sini saya letakkan video berkenaan pengukuran audio digital untuk mempelajari tajuk ini dibawah ini.
 Untuk video lain berkaitan dengan Asas Sains Komputer, sila subscribe channel Youtube saya.
8NOTA RINGKAS PERWAKILAN DATA TINGKATAN 1
Bagi memudahkan ulangkaji tajuk ini, saya telah menyediakan nota bagi tajuk Perwakilan Data Tingkatan 1.
Nota ini boleh dimuat turun untuk kegunaan mengulangkaji.
Ianya diharap boleh membantu pelajar mengulangkaji pelajaran.
9KUIZ ONLINE PERWAKILAN DATA TINGKATAN 1
Bagi yang mahu menguji diri berkenaan di dalam tajuk ini secara umum, ada boleh ke pautan dibawah untuk menguji tahap kefahaman anda.
Kuiz online Perwakilan Data Tingatan 1 yang saya sediakan ini menggunakan Google Quiz dan jawapan boleh disemak terus.
Ianya mengunakan teknik soalan jenis pilihan.
BUAT KUIZ PERWAKILAN DATA TINGKATAN 1
Tentang perkongsian pendidikan
Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).
Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah. Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.
Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.
Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.