Buku garis panduan PVMA

0
84
Buku garis panduan PVMA

Buku garis panduan PVMA merupakan satu dokumen yang menerangkan pelaksanaan program Pendidikan Vokasional Menengah Atas di sekolah menengah biasa.

Menut intipati buku yang juga dikenali sebagai Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), buku ini disediakan bagi membantu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pelaksanaan program PVMA.

Iin terutama sekali bagi pengurus-pengurus di sekolah-sekolah menengah kebangsaan, pelbagai peringkat dalam organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan langsung dengan pendidikan teknikal dan vokasional.

Buku ini dalam pada itu diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelaksanaan kurikulum PVMA.

Buku ini menjelaskan konsep, pelaksanaan dan pentaksiran, kurikulum, dan pelaksanaan pusat bertauliah serta peranan-peranan pihak agensi pusat, KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah dan masyarakat.

Buku ini juga diharap dapat membantu KPM membuat penambahbaikan sepanjang pelaksanaan PVMA disemua peringkat terutama pelaksana.

Intipati penting buku panduan PVMA

Antara intipati penting buku ini adalah:

  • Peranan agensi berkaitan dalam pelaksanaan PVMA
  • Panduan pelaksanaan kurikulum PVMA
  • Pentaksiran PVMA
  • Instrumen Pemantauan
  • Instrumen Pemantauan Bersepadu
  • Pengambilan Murid
  • Panduan Pemilihan Guru PVMA

Download buku garis panduan PVMA

Sememangnya buku ini boleh diperolehi dari pelbagai sumber di atas talian.

Sungguhpun demikian, bagi memudahkan rujukan saya sendiri dan juga guru – guru PVMA lain, di sini saya sertakan pautan untuk memuat turun buku panduan PVMA ini.

MUAT TURUN BUKU GARIS PANDUAN PVMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.