Pengenalan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA)

PVMA memberi tafsiran Program Vokasional Menengah Atas iaitu penjenamaan kepada MPV.

Pelaksanaan PVMA dapat mengekalkan matlamat asal MPV dengan penambahbaikan program tersebut, iaitu memberi peluang kepada murid yang tidak cenderung dalam bidang akademik untuk mengembangkan potensi dalam bidang vokasional di samping dapat menyediakan kemahiran vokasional bagi murid yang tidak berpeluang memasuki kolej vokasional.

Oleh yang demikian, matlamat tersebut selari dengan hasrat PPPM bagi menyediakan akses yang lebih baik dalam pendidikan vokasional.

PVMA mempunyai nilai tambah yang lebih baik untuk murid berbanding dengan MPV
sedia ada dan murid masih mempunyai laluan untuk meneruskan pendidikan dalam
bidang kemahiran ke tahap yang lebih tinggi di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).

Pelaksanaan PVMA ini membolehkan murid kekal di sekolah yang sama sehingga ke Tingkatan 5.

Pelaksanaan PVMA dijalankan secara berperingkat mengikut ketetapan yang diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Visi dan Misi

Visi PVMA ialah menyediakan sumber manusia yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri bagi pembangunan ekonomi, sosial dan teknologi.

Misi PVMA ialah ,

  • Menyediakan tenaga manusia bersahsiah dan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan pasaran;
  • Membangunkan sistem pendidikan vokasional secara berkesan;
  • Mengintegrasi teknologi dalam pendidikan vokasional;
  • Menggalakkan hubungan antara industri dan masyarakat; dan
  • Memperkembang kemahiran vokasional secara kreatif dan inovatif.

Matlamat

Matlamat PVMA ialah untuk membentuk lepasan Pendidikan Vokasional yang;

  • Bersedia menyertai pasaran kerja
  • Menjadi Usahawan yang berdaya saing
  • Mampu melanjutkan pelajaran dan tahap kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Tarikh kuatkuasa

Garis panduan ini berkuatkuasa Berdasarkan Tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil 10/ 2015

Hala tuju pelajar Program Vokasional Menengah Atas

Murid yang menduduki program PVMA akan memperoleh :
(a) SPM serta Pernyataan Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) bagi mata pelajaran akademik yang tertentu; dan
(b) Sijil kemahiran daripada badan pentauliahan kemahiran seperti SKM

Murid yang lulus SPM dan mendapat SKM Tahap 1 atau Tahap 2 boleh menyambung
pengajian di ILKA dan ILKS bagi mengikuti SKM Tahap 3 dan seterusnya ke peringkat
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Murid yang mendapat Penyata Pencapaian (Partial Certificate) boleh meneruskan latihan di ILKA atau ILKS bagi memenuhi semua CU dalam NOSS dan melayakkan penganugerahan Pensijilan SKM / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM). Murid yang ingin terus bekerja (yang mendapat SPM dan SKM Tahap 1 atau Tahap 2) layak bekerja dalam sektor perkhidmatan awam mengikut kemahiran yang ditawarkan.

Murid yang telah bekerja selama 1 atau 2 tahun dan seterusnya boleh melanjutkan pelajaran melalui APEL (www.mqa.gov.my).

Carta dibawah menunjukkan halatuju pelajar Program Vokasional Menengah Atas.

Maklumat diatas diperolehi daripada Buku Panduan Pelaksanaan PVMA yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia.

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top