Cara mengedit video dengan Filmora

0
496

Terdapat belbagai cara mengedit video dan pelbagai perisian dan aplikasi untuk mengedit video, namun mengedit video dengan Filmora merupakan pilihan utama saya.

Ini adalah kerana Filmora bagi saya adalah antara perisan pengedit video paling sesuai untuk menghasilkan video – video mudah, khususnya video berunsur vlog ataupun berunsur pengajaran dan pembelajaran

Kelebihan dan kekurangan Filmora

Filmora paling baik digunakan dengan membeli perisian tersebut.

Jika anda tidak membeli perisian tersebut, video akhir yang anda hasilkan akan mempunyai perkataan watermark ‘FILMORA’.

Bagi saya, pembelian perisian FILMORA adalah berbaloi kerana ianya mempunyai lebih kelebihan berbanding keburukan.

Antara kelebihan Filmora yang paling utama adalah ianya mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Perisian ini mesra pengguna dan ianya tidak terlalu membebankan komputer. Ini membolehkan perisian ini boleh digunakan dengan mudah dengan menggunakan pelbagai jenis komputer.

Selain itu, Filmora juga merupakan satu – satunya perisian yang menawarkan pelbagai animasi dan lagu secara percuma sepanjang tempoh penggunaan perisian tersebut.

Sungguhpun demikian, antara kelebihan paling utama bagi saya adalah pilihan lesen penggunaan Filmora seumur hidup dengan hanya sekali bayar.

Keperluan minima Filmora

Tidak seperti perisian pengedit video lain, keperluan minima bagi komputer untuk menggunakan Filmora adalah rendah.

Berikut adalah keperluan minima komputer jika anda ingin menggunakan Filmora.

Perisian : Windows 7/Windows 8.1/Windows 10 ( 64 bit OS).
Processor : Intel i3
RAM : 4 GB RAM (8GB diperlukan jika mahu membuat video HD/4K
Kad grafik : Intel HD Graphics 5000 dan versi selepas itu; NVIDIA GeForce GTX 700 dan versi selepas itu; AMD Radeon R5 dan versi selepas itu.
Ruang storan : Sekurang – kurangnya 10GB ruang kosong pada ruang storan
Internet : Diperlukan jika mahu memuat turun perisian dan bahan – bahan tambahan.

Cara memasang Filmora pada komputer Mac (Apple) adalah hampir serupa.

Memasang Filmora pada komputer anda

Perisian Filmora mudah dipasang pada komputer anda dan ianya boleh dimuat turun dari laman web rasmi Filmora. Anda boleh terus ke laman Filmora di sini.

Apabila anda sudah sampai ke laman rasmi Filmora, klik pada pautan ‘Try It Free’ seperti ditunjukkan dibawah.

Satu tetingkap baharu akan keluar seperti di bawah.  Tetingkap ini mahu anda menetapkan dimana fail aplikasi Filmora akan dimuat turun. Anda tidak perlu menukar nama fail dan hanya perlu menekan sahaja ‘Save‘.

Apabila aplikasi tersebut sudah dimuat turun, anda perlu memasang aplikasi Filmora di komputer anda. Klik pada fail yang anda sudah muat turun tadi seperti yang ditunjukkan dibawah.

Apabila anda klik pada fail diatas, akan keluar tetapan bertanya samada anda mahu membenarkan aplikasi tersebut mengubah fail dalam komputer anda. Tekan sahaja ‘YES’ untuk meneruskan dan anda akan melihat paparan pemasangan utama Filmora seperti di bawah.

Klik sahaja ‘Install’ dan biarkan komputer memasang Filmora di komputer anda.

Anda akan dimaklumkan oleh komputer anda apabila pemasangan telahpun selesai, dan anda kini boleh menggunakan Filmora.

Cara edit video dengan Filmora

Anda boleh terus menggunakan aplikasi Filmora dengan menekan ‘Start’ sesudah pemasangan selesai, atau anda boleh memilih shortcut icon perisian tersebut di desktop komputer anda.

Di sini saya tidak dapat menerangkan cara mengedit video dengan Filmora secara terperinci.

Saya akan hanya menerangkan asas kerja mengedit video seperti memotong memasukkan video, memotong video, menambah animasi, menambah perkataan, serta menerbitkan video.

Apabila anda sudah menekan ‘Start’ atau memulakan Filmora, tetapan seperti dibawah akan terpapar.

Abaikan ‘Select Project Aspect Ratio’ dan terus pilih ‘New Project’.

Memasukkan video

Pastikan anda sudah melancarkan perisian Filmora sebelum memulakan kerja – kerja mengedit video.

Sebelum mula memasukan video, kenal pasti bahagian – bahagian Filmora dibawah.

Anda harus memahami juga fungsi komponen di bahagian toolbar Filmora seperti ditunjukkan dibawah, khususnya pada bahagian 1 (biru) dan bahagian 2 (kuning).  Secara umumnya, bahagian 2 adalah cara ringkas anda boleh mengakses komponen filmora pada bahagian 1 (kotak biru).

Langkah 1: Untuk memasukkan video,  pergi ke FILE > IMPORT MEDIA > IMPORT MEDIA FILES dan pilih fail yang anda ingin gunakan sebagai video anda.

Video yang anda import akan secara automatik terpampang pada ruangan video seperti yang saya tunjukkan di bawah.

Anda boleh menambah seberapa banyak video untuk dimanipulasi dengan mengulangi Langkah 1.

Langkah seterusnya adalah untuk memasukkan video tersebut ke ruangan edit video.

Langah 2: Untuk ini, pergi pada video pilihan anda dalam ruangan video dan klik pada video tersebut di tanda ‘+’ untuk memasukkan video pilihan anda.

Apabila anda sudah klik pada ‘+’ video tersebut akan dimasukkan ke ruangan edit video seperti yang anda lihat di bawah.

Langkah 2 ini boleh diulangi seberapa banyak kali anda mahu untuk memasukkan dua atau tiga video.

Jika kedudukan video tidak tersusun seperti yang anda mahukan, anda cuma perlu memindahkan video tersebut menggunakan kaedah ‘drag’ and ‘drop’ pada ruangan edit video.

Memotong video

Video yang anda rakam biasanya mempunyai beberapa ketidaksempurnaan. Untuk membuang ketidaksempurnaan ini, anda boleh memotong bahagian – bahagian yang tidak sempurna itu, dan membuangnya.

Anda boleh memainkan video yang sedang anda edit di skrin video seperti di bawah.

Langkah 3:  Untuk mengedit dan memotong video anda, pergi ke ruangan edit video dan pilih lokasi yang ingin anda potong. Alihkan penanda/garis merah ke tempat yang anda ingin potong, dan tekan simbol seperti gunting untuk memotong bahagian tersebut.

Kini video anda yang terpilih sudah terpotong dua.

Untuk membuang bahagian video yang anda tidak inginkan, pilih bahagian tersebut dan tekan ‘Delete’ untuk membuangnya.

Menambah animasi

Untuk menambah animasi ke video anda, adalah lebih mudah anda menggunakan menu yang ditunjukkan di bahagian 2 (kotak kuning).

Sebelum anda memilih untuk menambah animasi, pilih (select) video yang anda mahu letakkan animasi di bahagian edit video, dan kemudian baru anda pilih mana – mana antara berikut:

1) Effects – Mengubah suasana video tersebut

2) Transitions – Animasi perubahan dari satu video ke video lain

3) Elemen – Animasi dalam video itu sendiri.

Memasukkan animasi adalah sama seperti Langkah 2 di atas dimana anda perlu menekan butang ‘+’ pada animasi yang ingin dimasukkan selepas anda memilih video yang ingin anda manipulasi.

Tambah perkataan

Seperti juga proses menambah animasi, anda juga boleh menambah perkataan pada video anda.

Ini dilakukan dengan dengan memilih ‘Text’.

Menerbitkan video

Penerbitan video kepada versi akhir (finalizing video) merupakan proses terakhir dalam menghasilkan sebuah video.

Secara amnya, video yang dihasilkan menggunakan Filmora boleh dimuat naik terus ke akaun Youtube anda.

Sungguhpun demikian, saya mengesyorkan agar video dihasilkan dalam komputer dahulu sebelum ianya dimuat naik ke akaun Youtube anda.

Walaupun ini boleh dianggap kerja dua kali, namun ianya membolehkan anda menyimpan satu salinan video yang anda hasilkan dalam komputer anda.

Langkah 4: Untuk menerbitkan video ke komputer anda, anda perlu ke EXPORT > CREATE VIDEO seperti di bawah, dan pilih EXPORT VIDEO WITH WATERMARK (bagi akaun percuma).

Jika anda belum mendaftar diri dengan Filmora atau wondershare, anda perlu mendaftarkan diri dahulu. Jangan pilih untuk membayar perisian jika anda tidak mahu membuat sebarang pembelian.

Jika anda tidak membeli perisian Filmora ini, satu watermark seperti dibawah akan kelihatan pada keseluruhan video anda.

Sememangnya ianya kurang menarik. Jika anda ingin membuang watermark tersebut, watermark tersebut boleh dibuang dengan pelan bulanan yang berharga RM160 setahun, atau pelan jangka hayat yang berharga sekitar RM250.

Nasihat saya adalah anda mencuba dahulu perisian percuma sebelum membeli perisian ini.

Kesimpulan

Sememangnya penggunaan Filmora agak rumit jika anda kali pertama menggunakannya.

Sungguhpun demikian, ianya akan bertambah mudah apabila anda sudah mula membiasakan diri.

Nasihat saya adalah agar anda mencuba dulu kerja – kerja mengedit perisian Filmora beberapa kali agar anda dapat membiasakan diri dengan perisian ini. Selamat mencuba.

Lihat: Cara upload video ke Youtube.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.