Cara upload video ke Youtube dengan betul

0
1005

Youtube merupakan laman perkongsian video yang paling popular di internet dan di sini saya akan terangkan cara upload video ke Youtube.

Kemahiran memuat naik (upload) video ke Youtube diangap satu kemahiran rendah kerana ianya adalah senang bagi kebanyakan orang.

Sungguhpun demikian, ada juga di kalangan kita yang belum pasti dan belum mahir melakukan perkara ini, dan itulah tujuan tutorial ini.

Mengapa upload video ke Youtube?

Youtube bukan sahaja merupakan laman popular, tetapi menggunakan Youtube juga akan memudahkan bahan pengajaran (mahupun perkongsian) anda mudah dicari.

Ini adalah disebabkan algoritma Google yang mengutamakan carian daripada Youtube.

Ini membenarkan hasil perkongsian anda mencapai lebih ramai penonton dan sekaligus membantu lebih ramai orang.

Selain daripada itu, Youtube juga mudah digunakan, dan ianya mudah dimuat turun (download).

Fungsi ini akan memberi kelebihan kepada pelajar yang mempunyai kekangan internet di rumah di mana mereka boleh memuat turun video yang mereka mahu di tempat yang mempunyai internet, untuk ditonton kemudian di rumah.

Satu lagi kelebihan Youtube adalah saiz fail yang digunakan.

Youtube secara automatik akan memampatkan fail yang disiarkan kepada penggunanya dengan berdasarkan kelajuan internet mereka.

Ini membantu penonton video anda menjimatkan data mereka.

Keperluan khas sebelum anda menggunakan Youtube

Sebelum anda belajar cara untuk upload video ke Youtube, anda perlu membuka dahulu akaun Youtube.

Jika anda sudah mempunyai akaun Google (atau gmail) anda boleh membuka satu akaun Youtube dengan mudah.

LANGKAH 1: Log masuk ke akaun Google Youtube anda

Untuk login ke akaun Youtube anda, pergi ke www.youtube.com, dan lihat pada sebelah kanan atas skrin.

Anda akan melihat perkataan SIGN IN seperti di bawah.

Klik pada perkataan tersebut dan gunakan kata nama (username) dan katalaLuan (password) akaun gmail anda.

Ini akan sekaligus memberi anda akaun Youtube.

Langkah – langkah memuat naik video ke Youtube

Dengan adanya akaun Youtube, kini anda sudah boleh mula memuat naik video anda.

LANGKAH 2: Muat naik video

Dalam akaun Youtube anda sendiri, terus lihat ke kanan atas skrin komputer anda dan cari simbol berbentuk kamera dengan simbol ‘+’.  Butang ini kadang kala juga dilabel sebagai ‘CREATE‘.

Klik pada simbol tersebut dan pilih ‘UPLOAD VIDEO’.

Langkah ini ditunjukkan dibawah.

LANGKAH 3: Pilih fail

Kemudian, satu tetingkap baharu seperti di bawah akan terpapar.

Di sini anda kena memilih video yang anda ingin upload atau muat naik. Ada dua cara untuk memuat naik video ke Youtube di sini.

Kaedah pertama adalah dengan menarik video tersebut, dan melepaskannya ke dalam ruangan diatas.

Cara kedua adalah dengan memiih ‘SELECT FILES’, dan memuat naik video pilihan anda.

Kedua – dua pilihan membawa anda objektif yang sama, yakni anda boleh memuat naik video anda. Saya secara peribadi suka menggunakan Kaedah pertama.

Apabila anda sudah memasukkan video yang ingin dimuat naik, paparan skrin akan berubah.

LANGKAH 3: Isi maklumat video anda dan buat pilihan penonton

Kini, skrin akan menunjukkan ruang – ruang kosong yang perlu diisi.

Penerangan ruangan kosong adalah seperti di bawah.

Isikan semua maklumat yang diperlukan bagi menerangkan tentang video yang sedang anda muat naik. Cuba masukkan seberapa banyak maklumat yang anda ada bagi memastikan ianya tepat dan menarik.

Di bawah ‘Playlist’ terdapat satu ruangan bernama ‘Audience’.  Pastikan anda memilih ‘No, it’s not Made for Kids’ bagi mengelakkan masalah berhubung kebolehtontonan video anda kelak.

Pilih dan kenalpasti tetapan lain seperti yang dilihat dibawah.

  • Recording date and location bermaksud Tarikh dan tempat rakaman video
  • Licence and distribution bermaksud lesen untuk pengedaran video anda. Biasanya saya akan membiarkan sahaja tetapan ini seperti yang sudah dipilih Google.
  • Category adalah kategori atau jenis kumpulan video anda.
  • Comments and ratings adalah tetapan untuk komen dan undian keberkesanan video anda.

Tekan NEXT apabila sudah selesai menetapkan tetapan dalam ruangan Details.

LANGKAH 4: Letak iklan atau tidak?

Ruangan seterusnya adalah dinamakan Monetisation. Monetisation bermaksud kebolehan untuk meletak iklan di bahagian bahagian tertentu video anda untuk membolehkan anda menjana wang daripada video anda.

Untuk layak meletak iklan, anda perlu mencapai sekurang – kurangnya 1,000 subsribers, dan mencapai jumlah jam tontonan minima yang ditetapkan. Biasanya untuk pengguna Youtube baharu, bahagian ini tidak akan muncul kerana anda belum layak.

Jika anda layak, buat pilihan yang anda mahukan dan tekan NEXT.

LANGKAH 5: Penetapan elemen video

Penetapan elemen video adalah bahagian seterusnya.

Di sini ‘Add an end screen‘ membolehkan anda memasukkan pautan ke video – video lain di Youtube apabila video anda telahhabis. Contoh elemen ditunjukkan di bawah.

Penetapan elemen pada akhir video menaikkan kebarangkalian penonton terus kekal menonton video yang anda cadangkan.  Fungsi ini bagus untuk memastikan penonton anda kekal pada saluran (channel) anda.

Penetapan ‘Add cards‘ pula adalah satu cara mencadangkan video – video semasa video anda sedang dimainkan.

Ianya biasanya akan keluar dalam bentuk perkataan ringkas dan ianya akan menjadi blok besar apabila anda mendekati perkataan tersebut seperti yang ditunjukkan di bawah.

LANGKAH 6: Tetapkan siapa boleh melihat video anda

Langkah terakhir untuk memuat naik video adalah dengan menetapkan siapakah boleh menonton video tadi.

Di sini, anda ada tiga pilihan diberikan, yakni Private, Unlisted dan Public.

Private bermaksud video tersebut tidak akan dikongsikan secara automatik dengan orang ramai.  Sebaliknya, ada perlu memberi mereka akses kepada video anda jika anda mahukan mereka menonton video tersebut.

Unlisted bermaksud sesiapa yang mahu menonton video tersebut perlu mendapatkan pautan khas daripada anda dahulu.  Ini adalah kerana, Youtube dan Google tidak akan menyenaraikannya sebagai salah satu video umum dalam sistem cariannya.

Public bermaksud video tersebut akan disenaraikan dalam carian Google dan boleh ditonton sesiapa sahaja.

Pada kebiasaannya, saya akan memilih Public bagi membolehkan video saya dilihat lebih ramai orang.

Di bahagian bawah, ada tetapan Schedule.  Penggunaan Schedule membolehkan anda menetapkan masa dan tarikh anda mahukan video tersebut dikeluarkan kepada umum.

Jika anda sudah membuat pilihan tetapan, anda hanya perlu menekan SAVE dan video anda kini sudah boleh ditonton secara langsung di Youtube.

Kongsi video Youtube anda

Bagi memastikan video anda mempunyai penonton, anda harus kongsikan pautan ke video anda.

Untuk mendapatkan pautan video anda, pergi ke kanan skrin komputer anda dan klik pada imej Google anda. Kemudian pilih Your Channel seperti ditunjukkan di bawah.

Tetingkap saluran utama anda akan dibuka.  Pada paparan ini, pilih Videos.

Apabila anda sudah memilih Videos, semua video yang sudah anda muat naik ke Youtube akan terpampang seperti di bawah.

Pilih video yang anda mahu kongsikan, dan lihat pada butang ‘Share‘ di bawah video tersebut.

Klik pada butang Share dan tetingkap seperti di bawah akan dibuka.  Pada tetingkap ini akan ada satu pautan seperti ditunjukkan dibawah.

Salin pautan tersebut, dan berikan pautan tersebut kepada rakan – rakan anda untuk berkongsi video tersebut.

Anda juga boleh berkongsi video tersebut melalu media sosial dengan memilih ikon – ikon media sosial yang ada disenaraikan.

Kesimpulan

Kerja memuat naik video Youtube sememangnya tidak rumit, namun anda masih perlu membiasakan diri serta mengetahui secara terperinci komponen – komponen yang anda perlu tetapkan sebelum melakukan kerja memuat naik video tersebut.

Ini adalah agar video anda akan mudah dicari dan mudah difahami oleh penonton anda.

Adalah diharap tutorial saya ini membantu anda.

Selamat mencuba.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.