Membuat ujian dengan menggunakan Google Forms adalah satu kepentingan aplikasi tersebut. Ini adalah kerana ianya mempunyai banyak kelebihan.
Antara kelebihan menggunakan Google Forms untuk membuat ujian mahupun kuiz adalah ianya membolehkan kita menggunakan ujian yang sama berulang kali tanpa membazir kertas.
Selain daripada itu, soalan juga boleh dirawakkan bagi memastikan peniruan sukar walaupun pelajar duduk sebelah menyebelah ketika mengambil ujian tersebut.
Satu lagi kelebihan membuat ujian dengan menggunakan Google Forms adalah semakan jawapan segera boleh dibuat selepas selesai peperiksaan, dan analisis jawapan boleh dilaksanakan secara automatik.
Ini semua akan menyenangkan kerja guru apabila perlu melaksanakan pengujian terhadap kefahaman pelajar berkenaan sesuatu tajuk.
Membuat ujian dengan menggunakan Google Forms
Di sini saya terangkan secara terperinci berkenaan pembinaan ujian atau kuiz dengan menggunakan Google Forms.
(1) Buka Google Drive
Sebelum membuat ujian dengan menggunakan Google Forms, anda perlu memiliki akses kepada Google Drive.
Untuk akses ke Google Drive, anda perlu buka pautan drive.google.com. Anda perlu memiliki akaun Google sekiranya mahu membuka Google Drive.
Apabila anda sudah memasuki Google Drive, pergi ke sebelah atas kiri skrin komputer anda dan pilih NEW.
Kemudian, pilih Google Forms seperti yang ditunjukkan di bawah.
Anda akan dibawa ke ruangan Google Forms.
(2) Menukar tetapan kepada Kuiz
Untuk mula membuat ujian dengan menggunakan Google Forms, anda perlu menukar fungsi Google Forms tersebut menjadi sebuah kuiz.
Penukaran ini akan membolehkan kertas soalan disemak secara automatik dan markah juga diberi dengan segera.
Ini boleh dilakukan dengan pergi ke bahagian tetapan kuiz pada kanan skrin, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Tukarkan fungsi Google Forms ini menjadi kuiz dengan memilih ‘QUIZZES’ seperti yang ditunjukkan di bawah, dan kemudian pilih ‘Make this a quiz’.
Tindakan ini akan membuka fungsi pemberian markah bagi setiap soalan, sekaligus memudahkan kerja menyemak.
Apabila tetapan ‘Make this a quiz’ sudah diilih, pilihan – pilihan baharu akan dibuka seperti dibawah.
Pilih tetapan pilihan anda.
Maksud tetapan yang baharu keluar adalah:
(1) Release grade bermaksud pelepasan gred kepada pelajar. Pilihan pertama Immediatly after each submission membenarkan pelajar melihat gred/markah terus selepas mereka menyelesaikan ujian. Pilihan kedua mengedarkan markah kemudian. Pilihan ini memerlukan pelajar memberikan email mereka.
(2) Ruangan kedua ini mengawal apa yang boleh dilihat pengambil ujian tersebut. Missed questions bermaksud pelajar akan dapat melihat soalan yang mereka terlupa jawab. Correct Answers membenarkan pelajar mengetahui jawapan kepada soalan yang mereka salah jawab. Point value akan membenarkan pelajar melihat jumpah markah setiap soalan.
Selepas anda selesai membuat pilihan, tekan SAVE.
(3) Mula membina kuiz
Sekarang, anda sudah boleh membina soalan kuiz atau ujian anda.
Sebelum membina kuiz, anda perlu memahami ruangan pada kuiz yang ada seperti dibawah.
Secara asasnya, penerangan lebih mendalam adalah seperti di bawah:
- Tajuk ujian: Merupakan lokasi anda menulis tajuk ujian tersebut
- Ruang arahan: Merupakan tempat anda menulis arahan untuk ujian tersebut
- Ruang soalan: Tempat soalan peperiksaan akan dibina.
- Jenis pilihan jawapan : Jenis pilihan jawapan yang ada. Anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui jenis – jenis pilihan jawapan yang ada.
- Tambah gambar : Digunakan untuk menambah gambar. Pilihan ini adalah tidak wajib dab hanya perlu digunakan sekiranya perlu.
- Ruang pilihan jawapan: Pilihan – pilihan jawapan yang ada
- Ruang jawapan: Di sini jawapan yang betul serta markah soalan diberikan
Isikan semua ruangan diatas, terutama sekali ruangan soalan dan ruangan pilihan jawapan.
Bagi ruangan jawapan, ianya harus hanya diisi selepas ruangan soalan dan ruangan pilihan jawapan diisi.
Jika anda mengisi ruangan jawapan dahulu, anda akan menghadapi masalah menetapkan jawapan dan markah untuk soalan tersebut.
Selepas selesai mengisi ruang soalan dan ruang jawapan, anda kini perlu menetapkan jawapan kepada soalan tersebut.
(4) Menetapkan jawapan serta markah kepada soalan
Untuk menetapkan jawapan dan markah kepada soalan yang anda telah buat, pilih ruang jawapan.
Anda akan melihat satu paparan seperti di bawah.
Paparan ini akan secara automatik menunjukkan soalan dan pilihan jawapan yang telah anda buatkan tadi.
Anda hanya perlu menetapkan jawapan pada ruangan jawapan tersebut, dan meletakkan markah bagi soalan tersebut.
Setelah selesai mengisi dua bahagian itu, pilih DONE.
Kini soalan pertama anda sudah selesai dibuat, lengkap dengan jawapan dan juga markah untuk soalan tersebut.
(5) Menambah soalan pada ujian
Sesebuah ujian tidak akan mengandungi hanya satu soalan sahaja, jadi anda perlu menambah soalan – soalan lain.
Untuk melakukan ini, pergi ke bahagian kanan ruangan keseluruhan soalan yang anda baru siapkan dan pilih ‘+’ seperti ditunjukkan pada nombor 1 di bawah.
Di bahagian itu juga tertera pilihan – pilihan lain yang dierangkan dibawah:
- Add question – Digunakan untuk menambah soalan baharu
- Import question: Digunakan untuk mengimport soalan daripada soalan Google Forms lain
- Add title and description – Menambah tajuk dan penerangan/arahan
- Add image – Digunakan untuk menambah gambar
- Add video – Digunakan untuk menambah video
- Add section – Digunakan untuk menambah bahagian
Ulangi langkah (2), (3) dan (4) di atas untuk menambah soalan sehingga anda berpuas hati dengan kertas ujian/quiz anda.
(6) Menghantar soalan kuiz kepada pelajar
Ujian yang sudah siap boleh dihantar kepada pelajar untuk dijawab.
Untuk menghantar soalan ujian tersebut kepada pelajar, klik pada butang SEND seperti di bawah.
Satu tetingkap baharu akan dibuka. Pilih simbol yang berbentuk seperti rantai, dan salin alamat pautan di bawah perkataan ‘Link’.
Pautan inilah yang harus dikongsikan dengan pelajar bagi membolehkan mereka melaksanakan kuiz yang dibuat.
(7) Analisis dan mengumpul markah pelajar
Apabila pelajar sudah selesai membuat kuiz atau ujian itu, anda boleh melihat analisis kepada jawapan pelajar.
Caranya adalah dengan memilih bahagian ‘Responses’ seperti dilihat dibawah.
Ini akan menunjukkan analisis keseluruhan ujian tersebut.
Analisis keseluruhan akan ditunjukkan pada Summary, analisis soalan ditunjukkan pada Question, dan analisis pelajar akan dijawab pada Individual.
Anda juga boleh memilih untuk menutup ujian atau membuka ujian tersebut pada bahagian Responses.
Bagi mendapatkan pangkalan data yang lengkap dengan nama serta markah pelajar, anda perlu ke ikon hijau di atas bahagian responses seperti ditunjukkan dibawah.
Klik pada ikon tersebut. Ini akan membuka satu tetingkap baharu seperti di bawah.
Pilih ‘Create a new spreadsheet dan gantikan Untitled form (Responses) dengan nama ujian/borang anda.
Pilih ‘CREATE’ untuk mencipta borang markah pelajar seperti di bawah.
Dalam borang yang anda baru cipta, akan ada dua ruangan utama yang akan secara automatik dibuat yaitu ruangan tarikh dan masa, serta ruangan markah.
Ruangan nama hanya akan ada sekiranya anda mewujudkan soalan untuk nama pada ujian anda untuk. Rujuk pembinaan soalan pada langkah 2.
Ruang – ruang lain juga hanya akan menyenaraikan soalan dan jawapan yang diberi oleh pelajar sekiranya ianya sudah ada dibina.
Kesimpulan membuat ujian dengann menggunakan Google Forms
Saya berharap tutorial membuat ujian dengann menggunakan Google Forms ini membantu.
bagi saya, pembuatan ujian menggunakan Google Forms ini tidak sukar sekiranya anda sudah tahu selok belok menggunakannya.
Selamat mencuba!
Tentang perkongsian pendidikan
Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).
Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah. Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.
Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.
Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.