Masalah login DeLIMA KPM pada Google Chrome bukanlah isu baharu.
Ianya sering berlaku dimana seseorang guru/pelajar tidak dapat masuk ke laman DeLIMA ekoran pelayar web Google Chrome secara automatik menggunakan username dan juga password sedia ada (biasanya akaun peribadi) untuk cuba memasuki seris dan aplikasi yang disediakan oleh DeLIMA.
Ini mengakibatkan bahan – bahan terhad dan esklusif pada sistem DeLIMA KPM tidak dapat dicapai dan dilihat.
BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH LOGIN DELIMA KPM
Bagi menyelesaikan masalah login DeLIMA pada Google Chrome, saya mencadangkan penggunaan Google incognito.
Ini boleh digunakan dengan menggunakan pelayar web Google Chrome dan memilih incognito pada pelayan tersebut.
Penggunaan incognito akan menyebabkan maklumat untuk Google terpaksi diisi semula, kerana maklumat yang tersimpan pada pelayar web Google Chrome tidak akan digunakan seara automatik.
Cara bagi melaksanakan Google Chrome incognito ditunjukkan dalam video di bawah.
Sememangnya terdapat beberapa cara lain selain yang ditunjukkan dalam video di atas, namun penggunaan incognito adalah yang paling cepat dan ringkas pada hemah saya.
MASALAH LOGIN SEBAB KATA NAMA DAN KATA LALUAN
Jika anda tidak dapat memasuki DeLIMA kerana masalah dengan kata nama (username) dan kata laluan (password), anda perlu merujuk masalah tersebut kepada guru penyelaras DeLIMA (biasanya Guru Bestari) sekolah anda.
Ini adalah kerana masalah kata nama dan kata laluan perlukan akses ke sistem pusat yang mana hanya boleh diakses oleh individu tertentu.
Sebelum anda merujuk perkara tersebut kepada guru berkenaan, sila pastikan anda menaip kata nama dan kata laluan yang betul.
Ambil perhatian berkenaan huruf besar, sengkang, dan huruf kecil bagi memastikan kesilapan tidak dibuat semasa memasukkan kedua – dua maklumat.
Selamat mencuba!
Tentang perkongsian pendidikan
Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).
Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah. Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.
Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.
Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.