Panduan lengkap membuat ujian dengan Google Forms

Melaksanakan ujian atau penilaian semasa sesi belajar dari rumah (PdPR) adalah agak mudah dengan adanya fungsi ujian dengan Google Forms.

Google Forms, yang merupakan salah satu komponen Google Drive, merupakan satu aplikasi yang sangat kuat untuk melaksanakan pembelajaran, termasuk membuat ujian.

Bagi yang mahu membuat ujian dengan Google Forms, di bawah ini saya kongsikan video – video yang saya telah buat sebagai panduan kepada proses – proses tersebut.

Video – video ini saya mulakan dari asas bagi membantu semua khususnya yang belum ada kemahiran menggunakan Forms.

Saya berharap tutorial dan video yang saya buat akan membantu anda.

ASAS KEPADA MEMBUAT UJIAN DENGAN GOOGLE FORMS

LANGKAH 1: Cara buat kuiz/ujian menggunakan Google Forms.

LANGKAH 2: Cara untuk share ujian telah siap kepada rakan guru lain (supaya mereka boleh edit dan guna untuk kelas mereka.

LANGKAH 3: Cara untuk salin kuiz/ujian Google Form sedia ada untuk kelas individu.

Untuk melaksanakan peperiksaan, guru boleh memilih untuk samada untuk menggunakan Google Classroom (Kaedah 4) atau menggunakan cara manual/luar Google Classroom (Kaedah 5).

Kaedah 4 agak rumit kerana ianya memerlukan penggunaan Google Classroom.  Sungguhpun demikian, jika anda menggunakan kaedah ini, pengumpulan dan pengagihan markah akan menjadi lebih mudah.

Kaedah 5 lebih mudah untuk dilaksanakan namun pengumpulan dan pemulangan markah akan menjadi lebih rumit kerana ianya mungkin kena dilaksanakan secara manual.

CARA KONGSI PEPERIKSAAN DI GOOGLE CLASSROOM

LANGKAH 4A: Cara kongsi kuiz dari Google Drive ke Google Classroom:

CARA KONGSI PEPERIKSAAN SECARA MANUAL/TANPA GUNA GOOGLE CLASSROOM

LANGKAH 5A: Cara share kuiz/ujian Google Forms kepada pelajar (cara terus/tanpa GC):

LANGKAH 5B: Cara mulakan ujian dan tamatkan ujian (secara manual) dalam Google Forms:

Saya akan mengemaskini ujian dengan Google Forms ini apabila ada video baharu telah saya buat kelak.

Oleh itu, selamat mencuba. Jangan lupa subsribe kepada channel Youtube saya untuk lebih banyak video tutorial dan pengajaran.

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top