Video penerangan konsep asas pemikiran komputasional ini adalah koleksi video – video yang saya telah bangunkan untuk menerangkan tajuk Perwakilan Data bagi Tingkatan 1.
Semua video ini menggunakan Power Point sebagai asas kepada penerangan saya, dan ianya dibangunkan dan dirakam oleh saya sendiri di rumah.
Buku teks menjadi sumber rujukan utama kepada setiap video kerana buku teks pada tanggapan saya merupakan asas terbaik dalam mempelajari ASK.
Dalam merakam serta menerangkan setiap video penerangan konsep asas pemikiran komputasional, saya cuba selitkan analogi – analogi yang boleh memudahkan pemahaman pelajar berkenaan tajuk yang saya sedang bincangkan.
Saya juga berusaha meminimumkan jumlah sesebuah video kepada dibawah 15 minit agar ianya tidak terlalu membosankan.
Video penerangan ASK Tingkatan 1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional
1.1.1 Teknik dalam pemikiran komputasional
1.1.2 Penggunaan teknik leraian dan menentukan langkah secara tertib
Video ini adalah sama dengan video penerangan Teknik Leraian diatas kerana saya menggabungkan terus kedua – dua tajuk.
1.1.3 Pengecaman corak dalam sesuatu situasi
Video ini adalah sama dengan video penerangan Teknik Pengecaman Corak diatas kerana saya menggabungkan terus kedua – dua tajuk.
1.1.4 Membuat keputusan berdasarkan aspek penting
1.1.5 Ciri – ciri kesamaan dalam sesuatu permasalahan
Video belum dihasilkan
Kesimpulan
Saya berharap video – video di atas membantu pelajar yang ingin belajar bekenaan tajuk perwakilan data bagi Tingkatan 1.
Jika anda mahu melihat video – video lain yang telah saya buat, anda boleh menyemak laman Asas Sains Komputer, atau melawat terus laman Youtube saya.
Diharapkan perkongsian saya ini membantu. Selamat belajar.
Tentang perkongsian pendidikan
Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).
Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.
Laman ini dikemaskini oleh saya dari masa ke semasa.
Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri , namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.
Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila FOLLOW saya di FACEBOOK.
[…] Konsep Asas Pemikiran Komputsaional […]