Apabila anda membeli sebuah laptop atau komputer baharu, kadang – kadang anda tidak terfikir untuk membuat storan lebihan atau partition pada komputer anda.
Ini akan menyaksikan komputer anda memiliki satu partition atau ruang storan sahaja. Jika ianya memiliki lebih dari satu storan pun, pada kebiasaannya, storan tersebut adalah untuk perisian ‘back-up’ yang hanya boleh diakses menggunakan BIOS atau kaedah tertentu.
Ruang storan ini tidak boleh digunakan atau diakses dengan cara biasa kerana ianya akan disembunyikan oleh pereka komputer tersebut.
Ruang storan ini biasanya akan dikenali sebagai pemacu storan (Drive) C, dan di dalam ruang storan ini, tersimpanlah sistem komputer anda (biasanya kita panggil Windows).
Disebabkan komputer anda hanya memiliki satu ruang storan, semua perisian, fail dan dokumen yang anda simpan dalam komputer anda akan berada di ruang storan tersebut.
KEBURUKAN MEMILIKI HANYA SATU PARTITION
Menyimpan semua fail dan dokumen anda dalam satu pemacu storan pada komputer adalah sangat tidak digalakkan.
Ini adalah kerana jika sistem sistem operasi komputer (biasanya Windows) rosak, diserang virus, dan perlu diset semula, anda mungkin akan terpaksa format semua, atau reformat komputer anda.
Proses reformat ini biasanya perlu dilakukan secara bersih. Ini akan mengakibatkan anda kehilangan semua dokumen yang anda telah simpan pada pemacu storan yang sama.
Dalam kes tertentu, anda juga boleh membuat back-up kepada dokumen dan fail yang penting, namun proses tersebut memakan masa dan kadang kala memerlukan sedikit kepakaran komputer.
Oleh itu, memiliki hanya satu partition dalam komputer adalah amat tidak digalakkan.
KELEBIHAN MEMPUNYAI LEBIH DARI SATU PARTITION
Dalam pada itu, mempunyai lebih dari satu partition khas untuk menyimpan dokumen penting sememangnya digalakkan.
Pada kebiasaannya, pemacu storan untuk menyimpan dokumen akan dikenal pasti sebagai Drive D dan ianya biasanya kosong (tidak ada isi) sehingga anda mengisinya.
Pemacu storan kedua ini baik untuk menyimpan fail dan dokumen lain kerana ianya tidak akan ‘diganggu’ apabila sistem komputer anda crash atau terpaksa diformat.
Sememangnya anda juga boleh menggunakan storan luaran (external harddisk) untuk tujuan penyimpanan dokumen, namun, kadang kala, ianya lebih mudah untuk menyimpan dokumen di dalam komputer sahaja.
Oleh itu, mewujudkan partition lebih di dalam komputer merupakan satu keperluan bagi mereka – mereka yang mahu menyimpan data terus ke dalam komputer, tanpa risau ianya akan terkesan sekiranya sistem komputer perlu diformat atau diselenggara.
BAGAIMANA MEMBUAT PARTITION PADA KOMPUTER
Membuat partition untuk komputer adalah sangat mudah jika anda menggunakan Windows 10. (Kaedah ini mungkin tidak berkesan untuk Windows versi lain)
Ianya juga tidak membahayakan dan anda tidak perlu risau akan kehilangan data untuk membuat partition baharu.
Apa yang anda perlu lakukan adalah melaksanakan langkah – langkah dibawah.
- Masuk ke Windows 10 Disk Management interface. – Gunakan kotak carian Windows search box dan taip “Disk management”. Pilih “Create and format hard disk partitions” dari keputusan carian anda.
- Klik pada butang sebelah kanan tetikus anda dan pilih “Shrink Volume”. Anda akan melihat ada ruangan “unallocated space”.
- Halakan penunjuk tetikus anda pada unallocated space, dan klik pada butang sebelah kanan tetikus anda dan pilih sekali lagi.
- Kali ini, anda perlu memilih “New Simple Volume”. Masuk antaramuka New Simple Volume Wizard dengan memilih “Next”.
- Selepas next, anda perlu memilih jumlah ruangan yang anda ingin buat. Ruangan yang anda ingin buat seharusnya tidak melebihi ruangan unallocated space.
- Berikan huruf untuk pemacu storan baharu anda ini dan format partition ini menggunakan sistem file NTFS. Apabila anda selesai, tekan Next untuk memulakan proses memformat pemacu tersebut.
- Format pemacu baharu tersebut akan memakan beberapa minit dan apabila selesai, ringkasan kerja yang telah dilakukan akan dipaparkan seperti dibawah. Anda kemudiannya hanya perlu menekan Finish untuk melengkapkan pemacu storan baharu anda. Tahniah, storan baharu anda sidah siap.
KESIMPULAN
Jika anda mengikuti langkah – langkah diatas, ianya sebenarnya amat mudah.
Ianya sememangnya berbaloi mencipta satu storan tambahan sebagai ‘back-up’ kepada dokumen anda dalam komputer peribadi anda.
Tentang perkongsian pendidikan
Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).
Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah. Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.
Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.
Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.