Satu kelebihan menggunakan Google Documents adalah kebolehan berkongsi fail dan dokumen dari Google Drive kepada individu khusus yang lain.
Ini bermaksud anda boleh sama – sama berkongsi membangunkan sesuatu dokumen, sekaligus membolehkan kerja lebih cepat dikompil dan disiapkan.
Di sini saya kongsikan cara mudah untuk membolehkan anda memberi kebenaran pihak ketiga mengedit dokumen dalam Google Documents.
Langkah 1: Pilih fail yang anda ingin kongsi
Anda perlu memilih fail yang anda ingin kongsi dahulu.
Selepas selesai membuat pilihan, right klik (klik bahagian kanan tetikus) pada fail tersebut, dan pilih ‘Share’ seperti di bawah.
Langkah 2: Pilih bagaimana nak share
Apabila anda klik pada Share, tetingkap baru akan dibuka seperti dibawah.
Disini anda ada dua pilihan, samada untuk berkongsi kepada orang – orang terpilih, atau berkongsi secara umum.
Untuk berkongsi kepada orang terpilih, anda akan menggunakan Add Editors, dan anda perlukan email address mereka. Menambah orang sebagai editors akan menyebabkan mereka diberi kebenaran meminda dokumen tersebut. Ini adalah pilihan yang perlu anda buat bagi membolehkan mereka mengedit atau mengemaskini secara bersama dengan anda.
Untuk berkongsi fail tersebut kepada umum (atau anda tidak tahu dan tidak perlu tahu email mereka), anda perlu menggunakan Get Link. Lebih penerangan di sini.
Langkah 3: Pilih siapa yang anda nak share
Rujuk pada Add Editors, dan masukkan email pihak ketiga yang anda ingin konsikan dokumen tersebut di ruangan tersebut. Ini saya tunjukkan di bawah.
Selesai memasukkan alamat email pihak ketiga tersebut, anda perlu memilih samada ingin memberi beliau kebenaran mengubah dokumen tersebut, atau sekadar memberi kebenaran untuk beliau melihatnya.
Ini boleh dilakukan dengan mengubah status kebenaran yang anda beri seperti di bawah.
Ada tiga status kuasa yang ada yakni:
- Viewer: Hanya boleh melihat sahaja. Tidak boleh edit dokumen
- Commenter: Boleh melihat dan meninggalkan komen pada dokumen tetapi dokumen asal tidak akan dapat diubah
- Editor: Boleh mengubah dan mengemaskini dokumen.
Pilih mana – mana antara tiga tersebut, dan klik ‘Send’.
Selesai cara berkongsi fail dan dokumen dari Google Drive
Apabila anda klick ‘send’ pihak ketiga (yang emailnya ada sudah masukkan tadi) akan menerima satu email memaklumkan bahawa anda mahu berkongsi dokumen dengan beliau.
Ini sekaligus membolehkan pihak tersebut berkongsi fail dan dokumen dari Google Drive anda.
Diharapkan tutorial saya ini membantu.
Tentang perkongsian pendidikan
Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).
Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah. Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.
Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.
Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.