Cara berkongsi fail dan dokumen dari DeLIMA

Dengan Google Documents kini semakin popular, anda pasti mahu tahu bagaimana untuk berkongsi fail dan dokumen dari DeLIMA

Kebenaran berkongsi fail ini membenarkan anda dan rakan anda melihat dokumen yang sama, sekaligus memudahkan perkongsian maklumat.

Ini mengelakkan kerja dua kali sekiranya dokumen tersebut memiliki data sama. Ianya juga memudahkan guru uberkongsi maklumat dari fail atau dokumen dengan pelajar.

Kebenaran berkongsi dokumen ini banyak saya gunakan dalam berkongsi buku teks digital KPM.

Oleh itu, di bawah ini adalah tiga langkah mudah untuk berkongsi fail dalam sistem DeLIMA KPM.

Langkah 1: Pilih fail yang anda ingin kongsi

Anda perlu memilih fail yang anda ingin kongsi dahulu.

Selepas selesai membuat pilihan, right klik (klik bahagian kanan tetikus) pada fail tersebut, dan pilih ‘Share’ seperti di bawah.

Langkah 2: Pilih bagaimana nak share

Apabila anda klik pada Share, tetingkap baru akan dibuka seperti dibawah.

Disini anda ada dua pilihan, samada untuk berkongsi kepada orang – orang terpilih, atau berkongsi secara umum.

Untuk berkongsi kepada orang terpilih, anda akan menggunakan Add Editors, dan anda perlukan email address mereka.  Menambah orang sebagai editors akan menyebabkan mereka diberi kebenaran meminda dokumen tersebut. Lebih penerangan di sini.

Untuk berkongsi fail tersebut kepada umum (atau anda tidak tahu dan tidak perlu tahu email mereka), anda perlu menggunakan Get Link.

Sebelum mendapatkan pautan (link) tersebut, klik pada ‘change‘ seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Kemudian, tiga pilihan akan keluar untuk pemilihan seperti dibawah.

DeLIMA KPM secara automatik meletakkan pilihan ‘Restricted’ dan ini menghalang anda dari berkongsi dokumen tersebut dengan orang lain.

Seperti say anyatakan diatas, ‘Restricted’ bermaksud anda tidak boleh berkongsi dokumen tersebut dengan orang lain.

Jika anda memilih ‘Ministry of Education Malaysia’, fail yang anda boleh dikongsikan dengan semua orang yang dalam organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia.  Orang diluar organisasi tidak akan dapat mengakses dokumen tersebut.

Jika anda memilih ‘Anyone with the link’, sesiapa sahaja yang mempunyai pautan tersebut boleh mengakses dokumen/fail anda.

Dalam kes ini, saya lebih suka memilih ‘Anyone with the link’ bagi membolehkan saya berkongsi fail tersebut dengan sesiapa sahaja.

Langkah 3: Kongsi pautan

Selepas memilih Anyone with link (atau mana – mana antara pilihan anda diatas), klik ‘Done’.

Kini, anda sudah membuka fail tersebut untuk dikongsi kepada orang lain dengan syarat mereka memiliki pautan yang anda berikan.

Oleh itu, langkah terakhir untuk berkongsi pautan adalah untuk ‘copy’ (menyalin) pautan fail tersebut.

Pergi ke pautan seperti yang ditunjukkan dibawah, dan copy link tersebut dengen memilih ‘copy link’.

Kongsi pautan yang telah anda salin itu dengan individu yang anda mahu kongsikan fail tersebut, dan mereka sepatutnya boleh mengakses fail tersebut.

Selesai cara berkongsi fail dan dokumen dari DeLIMA

Alamat pautan tersebut harus dikongsi selengkapnya bagi membolehkan ianya diakses.

Harus diingat bahawa perkongsian dengan cara ini hanya membenarkan pihak yang anda kongsi pautan tersebut untuk melihat fail/dokumen tersebut dan mereka tidak boleh mengedit dokumen tersebut.

Diharapkan tutorial saya ini membantu.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

 

 

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top