Cara buat kelas mata pelajaran individu dalam Google Classroom

Tentu ramai yang tertanya – tanya akan cara buat kelas mata pelajaran individu dalam Google Classroom.

Saya pun sebenarnya tertanya – tanya sendiri pada satu ketika dahulu.

Ini adalah kerana di sekolah saya, admin telah membuat kelas secara umum, dan saya mendapati keadaan menjadi amat bercelaru apabila semua gurulain mula meletakkan tugasan secara serentak dalam satu kelas.

Ini mengakibatkan keadaan dalam kelas tersebut agak ‘tunggang – langgang’ dan berterabur.

Kelebihan membuat kelas individu bagi satu mata pelajaran

Membuat kelas bagi satu mata pelajaran banyak kebaikanya.

Kebaikan utamanya adalah semua fail dan tugasan untuk sesebuah kelas tidak akan bercampur aduk. Sebaliknya, semua fail akan dimasukkan ke dalam satu folder di bawah kelas anda sahaja.

Ini memudahkan pengurusan kelas seseorang guru, dan membantu pelajar fokus kepada bahan dari mata pelajaran itu sahaja

Kelebihan kedua adalah guru akan mempunyai kuasa mutlak mengawal kelas dirinya sendiri.  Ini termasuklah keupayaan menjemput pelajar dan membuang pelajar sekiranya perlu.

Selain itu, guru juga boleh meninggalkan pesanan khas untuk kelasnya sahaja tanpa dilihat guru mata pelajaran lain.

Oleh itu, di sini saya kongsikan bagaimana cara buat kelas mata pelajaran dalam Google Classroom, agar kelas guru mata pelajaran tertentu boleh terpisah dari mata pelajaran lain.

Langkah 1: Masuk Google Classroom

Jika anda menggunakan akaun DeLIMA KPM, anda perlu log masuk ke dalam sistem Google Classroom DeLIMA.

Jika anda tidak menggunakan Google Classroom DeLIMA, caranya pun sama sebenarnya.

Apabila anda sudah masuk, anda akan melihat paparan kelas – kelas yang sudah ada seperti yang anda lihat dibawah.

Jangan panik jika paparan kosong. Ini bermakna tidak ada kelas yang sudah dibuka.

Langkah 2: Buka kelas baharu

Untuk membuka kelas baharu, pergi ke kanan atas skrin ke simbol ‘+’.

Klik pada simbol itu dan pilih ‘create class’ untuk membuka kelas baharu.

Ini akan membuatkan paparan seperti dibawah dibuka.

Isikan ruang kosong yang ada. Yang wajib diisi adalah ruangan ‘Class name’ yang bertujuan memberikan anda nama kelas.

Tekan ‘create’ dan kelas anda kini sudah tercipta.

Langkah 3: Jemput pelajar

Kelas tidak membawa apa – apa makna sekiranya tiada pelajar.  Oleh itu, guru perlu menjemput pelajar ke kelas tersebut.

Cara termudah untuk menjemput pelajar adalah dengan berkongsi pautan ke kelas tersebut.

Ini boleh dilakukan dengan menekan butang berbentuk segiempat seperti ditunjukkan dibawah.

Ini akan membuka satu tingkap baharu yang membesarkan kod jemputan ke kelas anda.

Anda boleh berkongsi kod tersebut, atau berkongsi pautan terus ke kelas anda seperti yang saya gemar lakukan.

Untuk berkongsi pautan kelas kepada pelajar anda, klik pada ‘copy invite link’ dan komputer anda akan secara automatik mendapatkan pautan yang boleh dikongsikan kepada pelajar anda untuk memudahkan mereka masuk ke kelas anda.

Pautan ini adalah seperti “https://classroom.google.com/c/MjYwOTkwNDY1MTQ0?cjc=XXXXX”.

Pautan inilah yang anda kena kongsikan dengan pelajar anda agar mereka boleh terus memasuki kelas anda.

Jika anda menggunakan Sistem DeLIMA KPM, pelajar perlu log masuk ke akaun DeLIMA mereka dahulu sebelum mereka boleh menyertai kelas anda.

Video tunjuk cara

Jika anda mahukan video tunjuk cara, anda boleh menyaksikannya di bawah.

Selesai cara buat kelas mata pelajaran individu dalam Google Classroom

Membuat Classroom bagi mata pelajaran sendiri sememangnya tidak susah.

Saya berharap tips saya ini akan membantu guru – guru dalam menggunakan Google Classroom, khususnya DeLIMA.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

 

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top