Cara menambah ahli kepada Group Telegram

2
711

Mahu tahu bagaimana Cara menambah ahli kepada Group Telegram yang sedia ada?

Di sini saya kongsikan bagaimana ianya boleh dilakukan dengan mudah memandangkan Telegram kini lebih baik dari WhatsApp.

Sebelum itu, jika anda belum lagi mempunyai Group Telegram, saya ada menunjukkan cara membuka group Telegram dalam 5 langkah di tutorial ini.

Jika anda sudah ada group Telegram, bacalah seterusnya bagi mengetahui bagaimana untuk menambah ahli.

Langkah 1: Tekan nama kumpulan

Langkah pertama sebelum anda menambah ahli baru kepada Group Telegram anda adalah untuk memasuki kumpulan tersebut di Telegram.

Selepas itu anda boleh menambah ahli kumpulan dengan menekan pada nama kumpulan seperti ditunjukkan di bawah.

Langkah 2: Add member

Ini akan membuka tetingkap baharu, dan anda cuma perlu memilih ‘add member’ bagi mengulangi proses penambahan ahli baharu kepada kumpulan tersebut.

Proses ini serupa dengan menambah ahli kumpulan di WhatsApp, tetapi ianya akan mempunyai sedikit perbezaan.

Ini adalah kerana penambahan ahli kumpulan kepada kumpulan Telegram yang sudah sedia ada akan menyaksikan anda ditanya soalan seperti di bawah.

Soalan pertama bertanya sekiranya anda yakin mahu menambah ahli yang anda pilih ke kumpulan tersebut, manakala bahagian kedua yang mempunyai tik memberi pilihan anda untuk berkongsi 100 pesanan terakhir yang ditunjukkan dalam kumpulan tersebut.

Jika anda mengekalkan tik tersebut, 100 pesanan terakhir dalam kumpulan tersebut, termasuk media (gambar, dokumen dan video) yang dikongsi akan dikongsikan kepada ahli baru.

Tekan ‘ADD’ selepas anda membuat pilihan, dan semua pengguna Telegram yang anda pilih akan masuk ke kumpulan tersebut.

Selesai cara menambah ahli kepada Group Telegram

Dengan menekan ‘ADD, proses penambahan ahli baru ke kumpulan Telegram sedia ada sudah selesai.

Proses ini boleh diulang berkali – kali sehingga anda mencapai 200,000 ahli kumpulan di dalam kumpulan Telegram tersebut.

Selain tutorial diatas, anda juga boleh belajar cara untuk menambah ahli Telegram secara pukal melalui 3 langkah yang saya kongsikan.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua Рdua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.