Telegram adalah aplikasi pesanan yang sedang meningkat naik. Di sini saya akan berkongsi cara membuat Group Telegram.
Jika anda masih ragu berkenaan kelebihan Telegram, anda boleh baca artikel ini yang memberitahu 5 sebab Telegram lebih baik dari WhatsApp.
Jika sudah, kita teruskan kepada tutorial ini.
Kumpulan Telegram atau lebih popular dengan gelaran ‘Group Telegram’ adalah satu ciri yang sangat popular dalam aplikasi Telegram.
Ianya membernarkan anda berinteraksi dengan ramai orang, dengan Telegram membenarkan anda memasukkan sehingga ribuan orang sekali dalam group tersebut.
Untuk membuat group Telegram, anda perlu melaksanakan tiga langkah sahaja.
Langkah 1: Install Telegram
Langkah pertama sudah pastilah memasang atau ‘install’ aplikasi Telegram di telefon pintar anda. Jika anda sudah memasang WhatsApp pada telefon anda, terus ke Langkah 2.
Anda boleh memuat turun aplikasi tersebut dengan mendapatkannya di pautan dibawah, mengikut jenis sistem operasi telefon anda.
Google Play Store | Apple App Store
Pemasangan aplikasi Telegram pada telefon anda adalah sama seperti anda memasang aplikasi lain pada telefon anda.
Anda juga harus memberi kebenaran kepada Telegram untuk menggunakan mikrofon, address book dan camera untuk mengoptimumkan kegunaan Telegram.
Langkah 2: Pilih ahli kumpulan
Jika anda sudah memasang WhatsApp, anda perlu masuk ke aplikasi tersebut.
Kemudian, pergi pada bawah dan cari butang berwarna bawah kanan skrin seperti yang anda lihat dalam gambar dibawah.
Apabila anda sudah memetik butang kelabu tersebut satu paparan baharu akan keluar.
Langkah 3: Buat New Group
Paparan baharu ini menunjukkan tiga pilihan yaitu:
- New Group yang bermaksud buat kumpulan baru. Kumpulan seperti ini membenarkan perbincangan dua hala antara semua ahli kumpulan.
- New Secret Chat yang bermaksud anda akan menghantar pesanan secara rahsia kepada seseorang, dan
- New Channel, yang mana berfungsi membuat satu rangkaian. Rangkaian atau Channel hanya membolehkan perhubungan sehala sahaja.
Untuk artikel ini, anda perlu memilih New Group bagi membuat Group Telegram baharu.
Langkah 4: Pilih ahli kumpulan
Selesai memilih New Group, anda akan dibawa kepada paparan baharu untuk memilih ahli dalam kumpulan itu.
Di sini, anda boleh memilih ahli kumpulan sehingga 200,000 ahli.
Cuma taipkan nama ahli Telegram yang anda nak masukkan ke kumpulan tersebut.
Tekan anak pepanah berwarna putih seperti ditunjukkan dibawah apabila anda sudah selesai memilih kawan. Ini ditunjukkan di bawah.
Langkah 5: Pilih nama kumpulan
Kini, kumpulan Telegram anda sudah hampir siap.
Langkah terakhir adalah untuk memasukkan nama kumpulan tersebut pada bahagian ‘Enter group name’ seperti yang ditunjukkan dibawah.
Anda boleh mengubah nama kumpulan ini pada masa hadapan jika merasakan nama tersebut tidak sesuai.
Klik tanda tik (✓) selepas selesai. Ini akan terus menyiapkan kumpulan Telegram anda.
Selesai cara membuat group Telegram
Anda kini sudah mempunyai satu kumpulan Telegram, dan anda secara autmatik akan dilabel pemilik kumpulan tersebut.
Saya berharap tutorial ini membantu anda membuat satu Group Telegram.
Tentang perkongsian pendidikan
Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).
Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah. Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.
Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.
Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.
[…] Anda seharusnya tahu membuat Group Telegram. Jika belum baca ini. […]
[…] Sebelum itu, jika anda belum lagi mempunyai Group Telegram, saya ada menunjukkan cara membuka group Telegram dalam 5 langkah di tutorial ini. […]
[…] Sebelum itu, jika anda belum lagi mempunyai Group Telegram, saya ada menunjukkan cara membuka group Telegram dalam 5 langkah di tutorial ini. […]