5 kelebihan Telegram berbanding WhatsApp untuk guru

3
1061

Apakah kelebihan Telegram berbanding WhatsApp?

Ini adalah salah satu persoalan yang paling kerap saya dapat sejak kebelakangan ini.

Memandangkan kebanyakan yang bertanya adalah rakan seguru, di sini saya akan berikan sedikit maklumat berkenaan kelebihan Telegran berbanding WhatsApp kepada guru.

Isu privasi dan keselamatan WhatsApp dan Telegram

Sebelum WhatsApp menjadi bualan ekoran dasar privasi baharunya, Telegram juga menerima cercaan yang sama.

Ini adalah kerana Telegram dibangunkan oleh dua adik beradik dari Russia, dan ini membuatkan ramai pengguna sangsi akan keselamatan data yang dikongsikan.

Sungguhpun demikian, bagi saya, isu privasi kedua – dua aplikasi adalah sesuatu yang tidak bergitu besar khususnya jika anda mahu menggunakan kedua aplikasi ini untuk tujuan pengajaran dan interaksi dengan pelajar.

Ini adalah kerana tidak banyak maklumat peribadi yang akan dikongsikan, dan sejujurnya, tiada masalah jika nota dan ilmu yang cikgu kongsikan di kedua – dua aplikasi terdedah, kan?

Tambahan pula, kedua – dua aplikasi sememangnya boleh dianggap selamat untuk berhubung.

Oleh itu, yang paling penting adalah kemudah-gunaan kedua – dua aplikasi kepada guru apabila mahu berinteraksi dengan pelajar.

Sungguhpun demikian, Telegram mempunyai kelebihan tersendiri jika dibandingkan dengan WhatsApp, jadi di sini saya kongsikan 5 kelebihan Telegram berbanding WhatsApp untuk guru.

#1: Cloud sendiri

Tidak seperti WhatsApp, Telegram mempunyai storan cloud sendiri. (Cloud adalah storan awan atau ruang simpanan di luar komputer anda)

Ini bermaksud, maklumat dan data yang dikongsi akan sentiasa disimpan di dalam cloud Telegram, dan ianya tidak akan hilang kecuali ianya dibuang (delete).

Ini memudahkan guru menyimpan nota untuk rujukan masa depan tanpa risau akan storan dalam telefon bimbit penuh.  T

ambah menarik, Telegram tidak menghadkan saiz storan cloud yang diberikan, jadi anda boleh simpan fail sehingga ber-giga-byte!

#2: Video dan gambar berkualiti tinggi

Telegram tidak memampatkan fail yang dihantar melalui aplikasi tersebut.

Ini akan menyaksikan gambar dan video yang dihantar melalui Telegram sentiasa dalam kualiti asal.

Ini berlainan dengan WhatsApp yang bukan sahaja menghadkan jumlah saiz fail yang boleh dihantar melaluinya, tetapi juga menyebabkan fail tersebut dimampatkan.

Fail yang termampat akan berkurangan kualiti dan ini kadang kala mengecewakan penerima.

Oleh itu, gambar dan video yang dihantar melalui Telegram selalunya lebih berkualiti jika dibandingkan dengan gambar dan video yang diterima melalui WhatsApp dan ini satu kelebihan.

#3: Pin Messages dalan Group Telegram

Membuat kumpulan atau ‘group’ merupakan satu keperluan dalam pendidikan masa kini.

Untuk Telegram, anda boleh meletakkan ‘pinned messages’ di dalam kumpulan anda.

Pin messages membolehkan admin sesebuah Group Telegram meletakkan pesanan penting di atas sekali kumpulan.

Ini memudahkan ahli kumpulan Telegram tersebut mengetahui berita penting yang harus diambil perhatian tanpa perlu membuat carian dalam pesanan – pesanan yang banyak.

Fungsi ini bagus untuk Kumpulan Telegram mata pelajaran atau kelas kerana ianya membenarkan guru meletak kerja rumah atau pesanan penting sebagai pin messages, dsekaligus menyenangkan pelajar.

WhatsApp tidak mempunyai ciri ini, jadi jika anda mencari pesanan penting, anda kenalah membuat carian sehingga menjumpainya.

#4: Tunjuk 100 pesanan terakhir bagi ahli baru

Apabila kita membuat kumpulan Telegram baru, adalah agak mustahil kita boleh memasukkan semua ahli baharu ke dalam kumpulan tersebut.

Sememangnya akan hadir situasi dimana guru akan terpaksa memasukkan pelajar  tercicir ke kumpulan Telegram yang sudah sedia ada.

Pada aplikasi Telegram, ahli baharu yang dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram sedia ada boleh ditunjukkan 100 pesanan terkini dalam kumpulan tersebut.

Ini memudahkan guru kerana 100 pesanan terakhir, khususnya pengumuman penting, akan turut dilihat ahli baharu dalam kumpulan Telegram tersebut.

Aplikasi WhatsApp tidak ada ciri ini sekaligus memaksa guru sentiasa meletak kembali pesanan – pesanan yang penting setiap kali ada ahli baru masuk.

#5: Lain admin, lain kuasa

Satu lagi kelebihan Telegram adalah kebolehan mengawal kuasa setiap admin bagi sesebuah kumpulan.

Untuk aplikasi WhatsApp, pencipta kumpulan tersebut mempunyai kuasa yang hampir sama dengan admin kumpulan tersebut.  Tiada perbezaan di antara admin dan pencipta di dalam WhatsApp.

Namun di Telegram, kuasa admin boleh ditentukan oleh pencipta (owner) kumpulan Telegram tersebut. Pencipta kumpulan Telegram boleh dikenalpasti dengan nama yang diberi seperti dalam gambar dibawah.

Gambar dibawah juga menunjukkan pilihan kuasa yang boleh diubah bagi seseorang admin di kumpulan Telegram (sebelah kiri gambar). Banyak kan?

Oleh itu, anda sebagai pencipta group Telegram tersebut mempunyai kuasa mutlak ke atas semua admin dan pengguna, serta apa yang boleh dibuat dan dilakukan ahli kumpulan tersebut.

Fungsi ini sesuai jika anda mahu membahagikan tugasan kepada ahli – ahli kumpulan tersebut bagi memudahkan pengurusan kumpulan Telegram yang telah dibuat.

Sebagai contoh, Ketua Tingkatan mungkin diberi kelebihan menambah ahli, tetapi tidak boleh membuat pin message.

Banyak lagi kelebihan Telegram berbanding WhatsApp

Sebenarnya ada lagi kelebihan Telegram berbanding WhatsApp, namun lima yang saya nyatakan diatas adalah yang paling utama untuk kegunaan guru – guru.

Saya berharap perkongsian ini membantu anda.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.