Cara merakam skrin komputer dengan menggunakan OBS Studio

0
178

Merakam skrin komputer dengan menggunakan OBS Studio untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan satu kemahiran yang perlu bagi guru – guru pada alaf ini.

Walaupun kemahiran ini dianggap boleh menimbulkan kesukaran di kalangan guru – guru kerana ianya memerlukan kemahiran teknologi maklumat, namun hakikatnya, penggunaan OBS Studio adalah amat mudah.

Kelebihan merakam skrin komputer untuk pengajaran dan pembelajaran

Sememangnya pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka adalah strategi terbaik dalam menyampaikan PdP.

Namun sekiranya ada kekangan masa untuk melakukan sesuatu penerangan, memberikan video untuk sesi pengajaran dan pembelajaran adalah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Ini adalah kerana video penerangan yang disampaikan dengan menggunakan rakaman skrin komputer akan memberi kebebasan kepada pelajar untuk mengulangkaji mahupun mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa mereka sendiri. Ini sekaligus membantu dalam meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap tajuk yang diajar.

Selain daripada itu, penghasilan sesuatu video juga boleh diperbaiki ketika kerja – kerja edit atau manipulasi, sekaligus menjadikannya lebih menarik dan berkualiti.

Ini secara langsung akan meningkatkan tarikan pelajar terhadap kepada video pembelajaran anda, dan menarik minat pelajar untuk belajar.

Apa itu OBS Studio

OBS Studio atau nama panjangnya Open Broadcaster Software Studio, merupakan satu perisian yang membenarkan anda membuat rakaman skrin komputer untuk menghasilkan video dan juga streaming secara langsung.

Ianya merupakan sebuah perisian yang boleh digunapakai di sistem operasi Windows, Mac mahupun Linux.

Antaramuka OBS

Kelebihan OBS Studio

Kelebihan utama OBS Studio adalah ianya adalah percuma untuk digunakan.

Selain itu, penggunaannya juga dianggap ‘mudah’ bagi pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan komputer yang terlalu dalam.

Ianya juga tidak memerlukan ruang storan yang besar serta komputer yang terlalu canggih.

Untuk menggunakan OBS, anda perlu memilik sebuah komputer dengan spesifikasi minima dibawah:

  • Sistem operasi (OS): Windows, Mac, atau Linux
  • Processor: AMD FX series or Intel i5 2000-series processor (dual or 4-core preferable) atau kad grafik yang menyokong DirectX 10 dan keatas
  • RAM: 4GB

Pemasangan OBS Studio

Sebelum menggunakan OBS Studio, anda perlu memuat turun perisian tersebut.

Lokasi muat turun perisian OBS

Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pautan dibawah.

DOWNLOAD OBS

Apabila anda memuat turun OBS Studio, anda perlu memastikan anda ingat di mana anda menyimpan fail pemasangan OBS tersebut.

Pastikan anda melihat lokasi penyimpanan fail pemasangan OBS sebelum menekan SAVE.

Selepas anda selesai memuat turun OBS, anda kini perlu memasangnya ke komputer anda.

Langkah ini ditunjukkan di bawah.

Langkah 1: Buka perisian pemasangan OBS. Tekan Next pada setiap soalan untuk memasang perisian seperti di bawah.

Langkah 2: Pilih Install pada pilihan selepas anda memilih destinasi pemasangan seperti di bawah.

Langkah 3: Apabila perisan sudah siap dipasang, pastikan anda memilih ‘Launch OBS Studio’ seperti yang anda lihat dibawah sebelum menekan ‘Finish’.

Ini akan memastikan perisian OBS akan terus dibuka sebaik sahaja anda selesai memasang perisian tersebut di komputer anda.

Langkah 4: Apabila anda menekan ‘Finish’, perisian OBS akan secara automatik dibuka, sekaligus menunjukkan OBS Studio sudah berjaya dipasang dengan jayanya.

Penetapan rakaman dalam OBS Studio

Langkah 5: Seterusnya adalah untuk menetapkan fungsi – fungsi rakaman anda bagi membolehkan anda membuat rakaman.

Lihat pada bahagian bawah OBS Studio tersebut dan cari ruangan ‘Sources’ seperti di tunjukkan dalam nombor 1 di bawah.

Langkah 6: Kemudian klik pada tanda ‘+’ seperti ditunjukkan pada nombor dua dibawah.  Ini kita lakukan untuk memilih sumber rakaman semasa menggunakan OBS kelak.

Anda akan perasan bahawa terdapat banyak sumber rakaman yang tersenarai.

Di sini, saya cuma akan menunjukkan cara membuat setting tiga sumber rakaman, yakni kamera pada laptop, mikrofon pada laptop, dan skrin komputer.

Senarai sumber rakaman

A) Penetapan kamera laptop sebagai sumber rakaman

Langkah 7A: Untuk menetapkan kamera laptop sebagai sumber rakaman, pilih ‘Video Capture Device‘.  Ini akan membuka tetingkap baharu seperti di bawah.

Langkah 7B: Anda boleh memilih untuk memberi nama kepada sumber ini dengan menukar perkataan di dalam ruangan ‘Create new’, dan kemudian klik ‘OK’.  Tindakan ini akan membawa anda ke tetingkap baharu seperti di bawah.

Sepatutnya, video anda akan keluar seperti dalam gambar diatas.  Jika video anda tidak terpampang, semak pada bahagian ‘Device’ dan pastikan kamera laptop anda dipilih.

Langkah 7C: Apabila video anda sudah terpampang, klik ‘OK’.  Anda akan lihat video anda akan keluar  seperti dibawah.

Anda boleh memanipulasi kedudukan video tersebut dengan membawa tetikus anda ke atas video tersebut.

B) Penetapan mikrofon laptop sebagi sumber rakaman suara

Langkah 8A: Untuk menetapkan sumber suara, anda perlu mengulangi Langkah 6.  Kali ini, anda perlu memilih ‘Audio input capture’.

Langkah 8B: Seperti Langkah 7B, anda boleh memilih untuk memberi nama kepada sumber ini dengan menukar perkataan di dalam ruangan ‘Create new’, dan kemudian klik ‘OK’.  Tindakan ini akan membawa anda ke tetingkap baharu seperti di bawah.

Langkah 8C:Pilih ‘Default’ pada bahagian ‘Device’ untuk memilih sistem perakam suara laptop, atau pilih sumber audio lain sekiranya anda ada menggunakan perakam suara lain.

Langkah 8D: Klik ‘OK’ apabila selesai. pastikan ada pergerakan pada bar Mic/Aux apabila bunyi dilakukan.

Pergerakan bar warna pada Mic/Aus itu menunjukkan sistem rakaman suara sudah siap dipasang dan berfungsi dengan baik.

C) Penetapan rakaman skrin

Langah 9A: Untuk menetapkan rakaman skrin, Langkah 6 juga perlu diulang.  Cuma, untuk penetapan rakaman skrin, anda perlu memilih ‘Windows Capture’.

Seperti juga Langkah 7B, anda boleh memilih untuk memberi nama kepada sumber ini dengan menukar perkataan di dalam ruangan ‘Create new’, dan kemudian klik ‘OK’.  Tindakan ini akan membawa anda ke tetingkap baharu seperti di bawah.

Langkah 9B: Pada tetingkap tersebut, anda boleh memilih sumber rakaman (atau perisian yang anda mahu tunjukkan) pada skrin komputer dengan menukar sumber tetingkap. Ini boleh dilakukan dengan mengubah pilihan pada ‘Window’. Tean OK apabila anda sudah selesai membuat pilihan.

‘Window’ ini boleh diubah dari masa ke semasa jika anda mahu menunjukkan bahan berlainan. Kini anda sudah selesai melakukan kerja – kerja asas penetapan OBS Studio.

Bagaimana menggunakan OBS

Penetapan ketiga – tiga sumber rakaman diatas bermakna anda kini sudah bersedia untuk membuat merakam skrin komputer dengan menggunakan OBS Studio.

Pada masa ini, skrin anda sepatutnya menunjukkan tetingkap (Window) yang anda mahu rakamkan.

Jika paparan tidak menunjukkan video dari kamera anda, klik pada gambar tetingkap yang keluar (untuk memilih gambar tersebut – akan ditanda dengan sempadan merah dalam OBS), dan kemudian klik lagi sebelah kanan tetikus anda (right click).

Kemudian, pilih ‘Order’ pada menu yang keluar dan Move to bottom.

Tindakan ini akan menolak skrin tetingkap ke belakang dan sekaligus menunjukkan semua paparan yang sudah sedia dirakam seperti yang dilihat dibawah.

Seperti diterangkan dalam Langkah 7C, anda boleh mengubah kedudukan semua tetingkap tersebut mengikut saiz dan lokasi yang anda inginkan.

Selepas anda selesai mengubah lokasi dan kedudukan paparan skrin anda, anda kini sudah boleh membuat merakam skrin komputer dengan menggunakan OBS Studio.

Caranya adalah sangat mudah.

Langkah 10: Pergi ke bahagian ‘Control’ dan pilih ‘Start Recording’.  Pastikan bahagian bawah skrin menunjukkan pergerakan masa seperti yang anda lihat dibawah.  Pergerakan masa ini menunjukkan rakaman sudah bermula.

Rakaman akan merakam skrin yang terpampang pada paparan OBS Studio. Anda kini boleh mula merakam video anda.

Untuk menghentikan rakaman, tekan ‘Stop Recording’.

Bagaimana mencari video OBS yang dirakam

Video yang anda sudah rakam akan secara automatik disimpan dalam folder yang dicipta oleh OBS Studio.

Untuk mengetahui lokasi rakaman anda disimpan, pergi ke bahagian ‘Setting’.

Kemudian, pada bahagian tetingkap baharu, pilih ‘Output’ dan carikan ‘Recording Path’. Lokasi video yang anda rakam ada ditunjukkan dalam ‘Recording Path’ itu tadi.

merakam skrin komputer dengan menggunakan OBS Studio

Anda boleh mengubah lokasi menyimpan video yang anda sudah rakam dengan mengubah alamat dalam ‘Recording Path’.

Dengan itu, selesailah tutorial untuk membuat rakaman dengan menggunakan OBS Studio.

Tutorial merakam skrin komputer dengan OBS Studio

Jika anda lebih suka melihat video penerangan berkenaan cara menggunakan OBS Studio, saksikan video di bawah.

Kesimpulan merakam skrin komputer dengan menggunakan OBS Studio

Perisian OBS Studio ini sememangnya amat berkuasa.

Ianya bukan sahaja mampu merakan=m video pengajaran dan pembelajaran yang anda hasilkan, tetapi juga boleh digunakan untuk membuat streaming untuk sesuatu persembahan yang mana termasuk bermain permainan komputer dan banyak lagi.

Dengan adanya video yang dihasilkan oleh OBS ini tadi, anda boleh memilih untuk samada memuat naik video (LIHAT: Cara upload video Youtube) tersebut terus ke Youtube, ataupun anda boleh memilih untuk melakukan kerja mengeditnya (LIHAT: Cara edit video dengan Filmora) agar ianya lebih sempurna sebelum dikeluarkan.

Dengan itu, selamat mencuba.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.