Bagaimana memasukkan nama banyak ke Group WhatsApp dengan pantas dan mudah

Adakah anda ingin memasukkan nama banyak ke Group WhatsApp ke dalam WhatsApp secara pukal dengan pantas?

Apabila saya sebutkan memasukkan nama dan nombor telefon secara pukal, ianya bermaksud anda mahu memasukkan berpuluh – puluh, atau beratus – ratus nombor telefon ke dalam satu ‘group’ WhatsApp atau Telegram.

Kalau setakat nak masukkan satu atau dua, pasti tak ada masalah, kan?

Cara lama bagi memasukkan nombor tersebut adalah dengan anda menaip satu persatu nama dan nombor telefon yang anda perlu masukkan, dan menyimpannya ke dalam ‘Phone Book’ telefon pintar anda.

Kemudian, anda akan menambah nama tersebut secara satu per satu ke dalam kumpulan (group) yang anda nak buat.

Di sini, saya akan berkongsi cara untuk mempercepatkan proses demikian, dan anda kemudiannya boleh memasukkan semua nombor tersebut dengan mudah dan lebih cepat.

Apa yang anda perlukan adalah akaun Google (atau Gmail), Perisian Microsoft Excel, aplikasi WhatsApp pada telefon pintar anda, dan juga komputer.

Dibawah adalah tiga langkah untuk memasukkan nama banyak ke Group WhatsApp dengan cara pantas dan mudah.

Langkah 1: Mulakan dengan membuat pangkalan data pada Google Contacts

Mungkin ayat ‘pangkalan data’ terlalu besar untuk anda, tetapi pangkalan data di sini adalah satu senarai yang meliputi nombor telefon, kelas pelajar dan juga nama pelajar.

Ini boleh anda buat dengan cara mudah, tetapi untuk tujuan penyimpanan nombor, anda perlu membuat satu pangkalan data jenis Excel CSV dan bukan fail biasa.

Pangkalan data ini juga tidak boleh sebarangan, dan harus mengikut format Google Contacts. Cara membuatnya saya tunjukkan dalam video dibawah.

Pastikan ‘Last name’ bagi orang yang anda masukkan adalah nama kumpulan yang anda nak masukkan dalam satu Group WhatsApp.

Contohnya, jika anda ingin masukkan pelajat Tingkatan 1A, pastikan dalam bahagian ‘Last Name’ 1A diletakkan. Ini akan memudahkan anda mencari orang dalam kumpulan sama, untuk dimasukkan dalam kumpulan sama kelak.

Langkah 2: Upload pangkalan data ke Google Contacts

Apabila pangakalan data dalam Excel CSV sudah siap, anda perlu memuat naik semua data tersebut ke Google Contacts.

Video di bawah ini menerangkan bagaimana proses ini boleh dilakukan.

Apabila anda sudah selesai memuat naik pangkalan data Excel CSV anda, tiba masanya untuk memasukkan pelajar atau nama – nama tersebut ke dalam group WhatsApp.

Lagkah 3: Memasukkan nama dan nombor ke WhatsApp dengan mudah

Kerana anda sudah memuat naik semua nama dan nombor telefon seperti ditunjukkan dalam Langkah 2, buka perisian WhatsApp, dan mulakan pembuatan ‘Group’.

Jika anda belum membuat Group WhatsApp, di sini saya ada menerangkan caranya.

Jika anda sudah membuat Group WhatsApp, dan kini hanya mahu memasukkan nama, caranya ditunjukkan dalam video dibawah.

Langkah ‘refresh list’ diatas hanya berkesan bagi telefon Android, dimana bagi iOS (iPhone) ianya sepatutnya automatik.

Selesai memasukkan nama banyak ke Group WhatsApp

Sepatutnya, anda sudah selesai membuat kumpulan WhatsApp dengan jayanya.

Cara ini bukan sahaja lebih pantas, tetapi juga akan menyaksikan senarai nama orang yang anda masukkan ke dalam kumpulan WhatsApp tersebut lebih mudah dicari dan senang dikenalpasti.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top