Cara membuat group WhatsApp

Di sini saya akan kongsikan cara membuat Group WhatsApp.

Kumpulan Whatsapp atau lebih popular dengan gelaran ‘Group Whatsapp’ adalah satu ciri yang sangat popular dalam aplikasi WhatsApp.

Ianya membernarkan anda berinteraksi dengan ramai orang, dengan WhatsApp membenarkan anda memasukkan sehingga 250 orang sekali dalam group tersebut.

Untuk membuat group WhatsApp, anda perlu melaksanakan tiga langkah sahaja.

Langkah 1: Install WhatsApp

Langkah pertama sudah pastilah memasang atau ‘install’ aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda. Jika anda sudah memasang WhatsApp pada telefon anda, terus ke Langkah 2.

Anda boleh memuat turun aplikasi tersebut dengan mendapatkannya di pautan dibawah, mengikut jenis sistem operasi telefon anda.

Google Play Store | Apple App Store

Pemasangan aplikasi WhatsApp pada telefon anda adalah sama seperti anda memasang aplikasi lain pada telefon anda.

Langkah 2: Pilih ahli kumpulan

Jika anda sudah memasang WhatsApp, anda perlu masuk ke aplikasi tersebut.

Kemudian, pergi pada bawah dan cari butang berwarna hijau seperti yang anda lihat dalam gambar dibawah.

Apabila anda sudah memetik butang hijau tersebut satu paparan baharu akan keluar.

Langkah 3: Buat New Group

Paparan baharu ini menunjukkan senarai Contact anda, serta memberi pilihan untuk membuat Group baharu (New Group) atau menambah Contact baharu (New contact).

Pilih New group.

Ini akan membawakan anda ke tetingkap baharu.

Langkah 4: Pilih ahli kumpulan

Pada tetingkap baharu, pilih sekurag – kurangnya dua Contact lain yang anda mahukan dalam Group WhatsApp anda.

Anda boleh menggunakan fungsi search untuk mencari kawan – kawan yang anda mahu masukkan ke dalam kumpulan itu.

Tekan anak pepanah berwarna putih seperti ditunjukkan dibawah apabila anda sudah selesai memilih kawan. Ini ditunjukkan di bawah.

Langkah 5: Pilih nama kumpulan

Kini, kumpulan WhatsApp anda sudah hampir siap.  Langkah seterusnya adalah untuk memasukkan nama kumpulan tersebut pada bahagian ‘Type group subject here…’ yang ditunjukkan dibawah.

Anda boleh mengubah nama kumpulan ini pada masa hadapan jika merasakan nama tersebut tidak sesuai.

Klik tanda tik () selepas selesai. Ini akan terus menyiapkan kumpulan WhatsApp anda.

 

Selesai cara membuat group WhatsApp

Anda kini sudah mempunyai satu kumpulan WhatsApp.

Anda boleh menambah ahli kumpulan dengan menekan pada bahagian atas kumpulan tersebut (nama kumpulan) seperti ditunjukkan di bawah.

…dan kemudiannya menekan butang yang ditunjukkan dibawah.

Langkah menambah ahli kumpulan ini adalah sama seperti yang ditunjukkan pada Langkah 4 tadi.

Saya berharap tutorial ini membantu anda membuat satu Group WhatsApp. Anda juga boleh belajar cara untuk menambah banyak nombor telefon/ahli ke kumpulan Whatsapp anda dengan 3 langkah di pautan ini.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top