Di sini saya akan kongsikan bagaimana untuk mendapatkan ‘invite link’ Group WhatsApp.
Seperti yang anda tahu, WhatsApp adalah satu perisian komunikasi yang sangat popular dan diperlukan pada masa ini.
Sungguhpun demikian, memasukkan ramai pengguna ke dalam satu Group WhatsApp boleh memakan masa jika anda melakukannya sendiri.
Jika anda ingin mengawal siapa yang anda masukkan ke group tersebut, cara terbaik adalah dengan menggunakan cara ini: Baca bagaimana untuk memasukkan banyak nombor ke satu group Whatsapp.
Bagaimanapun, jika anda tidak kisah siapa yang akan masuk ke kumpulan WhatsApp anda, cara yang saya mahu terangkan dibawah lebih mudah dan sesuai.
Cara ini menggunakan perkongsian pautan atau ‘invite link Group WhatsApp’.
Langkah 1: Buka satu group WhatsApp
Langkah pertama adalah dengan membuka satu group WhatsApp. Masukkan sekurang – kurangnya dua orang ke group tersebut.
Jika anda sudah tahu cara membuka group WhatsApp, anda boleh terus skip ke Langkah Kedua.
Jika anda masih baharu dalam membuat Group WhatsApp, lihat tutorial di pautan ini.
Langkah 2: Pergi ke Group Info
Kemudian, pergi pada atas kanan Group Info Group WhatsApp tadi tap pada tiga dot yang anda lihat seperti dibawah.
Apabila anda sudah memtik tiga dot itu, paparan baru akan keluar.
Langkah 3: Cari Invite Link
Jika anda perasan, ini adalah tempat sama untuk anda menambah ahli kumpulan WhatsApp tersebut.
Scroll kebawah, sehingga anda lihat ‘Invite via Link’ seperti yang anda lihat dibawah.
Tekan pada Invite via Link, dan anda akan dibawa ke satu tetingkap baharu.
Langkah 4: Pilih cara untuk guna pautan
Di sini, anda akan diberi satu pautan (link) yang mana anda boleh pilih bagaimana untuk menggunakannya.
Ada lima perkara yang tertunjuk seperti diatas.
Pilihan 1 (Send link WhatsApp /WhatsApp Business) membolehkan anda berkongsi pautan tersebut kepada orang dalam WhatsApp sendiri. Apabila anda memilih ini, WhatsApp akan meminta anda memilih nama pengguna pada WhatsApp yang sedia ada.
Pilihan 2 (Copy link) membolehkan anda meniru pautan tersebut untuk diletakkan di mana – mana. Sesiapa sahaja yang klik pada pautan ini akan secara automatik dibawa ke Group WhatsApp untuk membolehkan mereka menyertainya.
Pilihan 3 (Share Link) adalah sama seperti Pilihan 1. Perbezaannya adalah anda boleh berkongsi pautan tersebut kepada lebih ramai aplikasi lain, dan ianya tidak tertakluk kepada dalam WhatsApp sahaja.
Pilihan 4 (QR Code) membolehkan anda mengeluarkan Kod QR khas. Apabila Kod QR ini diimbas, ianya akan membawa si pengimbas ke Group WhatsApp anda.
Pilihan 5 (Reset link) digunakan jika anda mahukan pautan baharu. Ini mungkin perlu jika anda merasakan anda mahu mengawal siapa yang masuk ke kumpulan WhatsApp anda.
Biasanya saya akan menggunakan Copy Link untuk mendapatkan ‘invite link’ Group WhatsApp kerana ianya boleh dikongsikan dengan cara ‘cut and paste’.
Selesai mendapatkan ‘invite link’ Group WhatsApp
Sesungguhnya, penggunaan pautan bagi menjemput pengguna lain ke kumpulan WhatsApp anda amatlah penting.
Ini bukan sahaja memudahkan kerja anda, tetapi juga membolehkan Kumpulan WhatsApp anda itu disertai oleh mereka yang hanya mahu berada di dalam kumpulan sama.
Tentang perkongsian pendidikan
Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).
Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah. Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.
Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.
Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.