Di sini saya akan kongsikan bagaimana untuk menetapkan admin sahaja ‘share’ dalam satu WhatsApp.
Kita tahu bahawa kadang – kadang, bermacam – macam perkara dan pesanan dikongsikan dalam satu group, sekaligus menjadikan group WhatsApp tersebut terlalu ‘riuh’ dan penuh.
Kumpulan WhatsApp yang riuh bagus untuk kumpulan WhatsApp yang sosial namun ianya tidak sesuai untuk kumpulan WhatsApp rasmi yang mana notis dan pengumuman perlu diketahui umum.
Oleh itu, disini saya kongsikan tips ringkas untuk hanya membenarkan ‘admin’ sahaja ‘post’ dan ‘share’ di dalam sesebuah group.
Langkah 1: Buka satu group WhatsApp
Langkah pertama adalah dengan membuka satu group WhatsApp. Masukkan sekurang – kurangnya dua orang ke group tersebut.
Jika anda sudah tahu cara membuka group WhatsApp, anda boleh terus skip ke Langkah Kedua.
Jika anda masih baharu dalam membuat Group WhatsApp, lihat tutorial di pautan ini.
Jika anda sudah ada kumpulan WhatsApp, anda perlu pastikan anda seorang ‘admin’ bagi menetapkan syarat untuk berkongsi dalam ‘group’ tersebut.
Langkah 2: Pergi ke Group Info
Kemudian, pergi pada atas kanan Group Info Kumpulan WhatsApp tadi tekan pada tiga dot yang anda lihat seperti dibawah.
Apabila anda sudah memetik tiga dot itu, paparan baru akan keluar.
Langkah 3: Buka Group Settings
Cari Group Setting pada paparan yang dibuka seperti dibawah.
Tekan pada Group Setting, dan anda akan dibawa ke satu tetingkap baharu.
Langkah 4: Pilih cara pesanan dihantar
Pada tetingkap baharu, pilih ‘Send messages’ seperti ditungjukkan dibawah.
Tetingkap baharu akan keluar dan di sini anda boleh memilih dan menukar siapa yang boleh menghantar pesanan ke dalam kumpulan WhatsApp anda.
Pilih ‘All participants’ jika anda mahu semua pengguna dalam kumpulan WhatsApp itu diberi kebenaran berinteraksi dan menghantar pesanan dalam kumpulan, atau pilih ‘Only admins’ jika anda cuma mahu admin sahaja diberi kebenaran menghantar pesanan.
Pilih OK selepas selesai membuat pilihan bagi membolehkan anda menyimpan setting tersebut.
Selesai menetapkan admin sahaja ‘share’
Kebolehan hanya membenarkan admin sahaja meletakkan maklumat dan berkongsi maklumat dalam kumpulan WhatsApp adalah satu ciri penting bagi membolehkan maklumat yang dikongsikan mudah dibaca.
Saya sendiri suka akan fungsi ini kerana ianya memudahkan komunikasi, dimana sesiapa ahli kumpulan yang mempunyai soalan, boleh PM saya terus.
Ianya mengelakkan kumpulan menjadi terlalu penuh dengan komen – komen yang tidak penting.
Menetapkan admin sahaja ‘share’ bukan sahaja memudahkan pengumuman dilakukan, tetapi juga membolehkan Kumpulan WhatsApp anda menjadi lebih ‘rasmi’ dan profesional.
Tentang perkongsian pendidikan
Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).
Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah. Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.
Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.
Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.