Cara penghantaran kerja rumah bagi banyak kelas semasa PdPR

Pada kebiasaanynya, guru tidak sahaja mengajar satu mata pelajaran jadi di sini saya kongsikan cara memudahkan penghantaran kerja rumah bagi banyak kelas semasa PdPR (Pengajaran dan pembelajaran dari rumah) semasa era pendamik ini.

Tutorial ini saya bangunkan memandangkan ada yang memaklumkan saya mereja jenuh berkongsi pautan bagi semua form yang mereka telah buat.

Ini telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakan guru, sekaligus membuatkan kerja kurang effektif.

Oleh itu, dengan hanya menggunakan atau borang sahaja, kerja penerimaan kerja rumah boleh diringkaskan bagi pihak guru.

Ini juga akan membantu pelajar yang tidak perlu bersusah payah mencari banyak pautan.

Video cara memudahkan penghantaran kerja rumah bagi banyak kelas

Video untuk tips ini ada di atas, namun jika anda tidak menjumpainya, anda boleh menontonnya di YouTube.

Saya berharap tips saya ini akan membantu guru – guru dalam menggunakan Google Classroom, khususnya fungsi forms.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top