Rahsia Kejayaan SPM

0
Exam paper

Dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tinggal beberapa hari lagi, suka saya untuk berkongsi rahsia kejayaannya.

Rahsia ini, saya telah perolehi hasil penyelidikan dan usaha berterusan yang amat tinggi nilainya bersama rakan saya Arthur Ray, ketika kami sama-sama ‘berguru’ di Kolej DPAH Abdillah sebagai pelajar, dan juga calon SPM sendiri.

Walaupun mungkin pemberitahuan rahsia kejayaan SPM ini adalah mungkin agak terlambat untuk dipraktikkan, khususnya dengan tinggal dua tiga hari lagi SPM akan berlangsung, tetapi saya tetap optimis, ianya mampu membantu anda – calon SPM.

Ini ditambah lagi apabila ada insan lain, turut kini menggunapakai teori kami ini sehingga terhasilnya info-grafik di bawah.

Saya menjumpai infografik tersebut di laman sosial, sekaligus membuktikan ianya masih digunapakai sehingga generasi kini oleh mereka-mereka yang mengetahui.

The Maggi-Neuron theory
The Maggi-Neuron theory. Graphic source unknown.

Ya kawan-kawan, dahulu, saya dan Arthur memanggil teori ini ‘Maggi + Neuron = Pandai’ , tapi dengan infografik lebih jelas seperti di atas, saya pasti ianya lebih mudah difahami.

Kepada semua bekas pelajar saya yang tidak saya sempat kongsikan teori ini dahulu, saya memohon maaf. Saya lupa juga pasal teori ini apabila sudah ‘berjaya’.

Apa-apa pun, kalau sudah cukup atau tidak belajar tu, berdoalah juga kepada Tuhan agar dia menunjukkan jalan ke arah jawapan yang betul.

Selamat menduduki peperiksaan SPM!

Leave a Reply