Tangga Gaji Kakitangan Awam, SBPA & Umur Bersara

6
1556

Once a while, let’s focus on Malaysia, so let me blog in Bahasa Malaysia for today.  Before you proceed and read, pardon my BM as it’s a little bit rusty in words.

Pertamanya, semua orang ingin tahu berkenaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibentangkan Perdana Menteri dalam ‘Fokus Ke-4 Belanjawan 2012: Memperkejap Perkhidmatan Awam’. Jikalau kita menaip SBPA, maka banyaklah laman web/blog yang menceritakan tentang ura-ura kenaikan gaji kakitangan awam.  Ada yang sudah mengira jumlah yang bakal diperolehi, dan ada pula yang menyatakan bahawa wujudnya ‘udang di sebalik batu’ berkenaan khabar gembira tersebut.

Saya kurang arif berkenaan struktur kenaikan gaji yang dicadangkan perdana menteri dalam ucapan belanjawan beliau, namun khabar di laman-laman sosial menjanjikan kenaikan seperti dibawah.

Adakah ini bermaksud kakitangan yang menerima SBPA akan mendapat kenaikan tambahan sebanyak 7-13% di atas RM80-RM320 yang sudah dijanjikan? Atau adakah ini bermaksud jumlah RM80-RM320 itu adalah jumlah kenaikan sebanyak 7-13% yang dijanjikan?

Yang pasti, SBPA bakal membawa gaji yang lebih tinggi daripada yang dinikmati penjawat awam dibawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), dan ini saya rasakan, amat dialu-alukan oleh semua warga di dalam perkhidmatan awam.

Cuma satu yang saya amat pasti, penjawat awam TIDAK PERLU mengambil pilihan bersara di usia 60 untuk menikmati kenaikan gaji tersebut kerana ianya merupakan ‘pilihan umur bersara’ yang diberikan oleh pihak kerajaan, dan tidak termasuk di dalam bahagian SBPA.  Oleh itu, penjawat awam yang merasakan ingin berehat lebih awal dan bersara pada usia 58 seperti saya, janganlah risau.

Sungguhpun demikian, suka juga saya mengambil kesempatan disini untuk mengetengahkan satu perkara yang ‘kurang enak’ di dalam SBPA yakni pengenalan ‘Dasar Pemisah’ yang dikatan berfungsi untuk mengeluarkan penjawat awam yang berprestasi rendah.  Ini sudah pasti merisaukan kakitangan awam yang selama ini beranggapan bahawa pekerjaan mereka terjamin dan selamat sungguhpun mereka berkhidmat dengan sikap ‘sambil lewa’ sahaja.  Sungguhpun demikian, saya pasti, pengenalan ‘Dasar Pemisah’ ini mampu meningkatkan kualiti sektor awam, dengan syarat ianya boleh dilaksanakan tanpa prejudis.

Apapun, terima kasih kepada kerajaan kerana membantu menaikkan gaji penjawat awam.  Samada khabar berkenaan jumlah kenaikan yang bakal dinikmati di atas betul, sama-sama kita nantikan pekeliling yang bakal dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Bahagian Perbendaharaan. Anda boleh memuat turun budget 2012 di sini.

6 COMMENTS

  1. SBPA nampak ok. akan tetapi jika kita lihat pada SSM, penjawat awam diberi pilihan bersara umur 40 th hingga 58 th untuk yg khidmat sebelum 1992 amatlah sangat2 memuaskan. Bagaimana SBPA? Adakah SBPA akan kekalkannya atau
    dipaksa umur 60 tahun? Kakitangan lama yang telah khidmat 30 tahun ke atas takut unruk pilih SBPA sebab lepas pilih macam-macam arahan akan keluar. Kerajaan lebih baik buat VSS kepada yg prestasi rendah. Yang cadang pencen awal ditambah wang. Kempen pencen awal maka saiz akan kecil. Tak payah belit-belit, rakyat kurang faham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.