Tips memilih komputer yang sesuai untuk anda

Sering saya ditanya tips memilih komputer yang sesuai atau terbaik.

Apakah jenama komputer yang bagus dan baik untuk dibeli?

Sebenarnya, saya tidak dapat memberikan jenama komputer yang terbaik, walaupun pada amnya saya merasakan jenama ASUS memiliki ketahanan lebih berbanding jenama komputer lain.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin membeli sebuah komputer, saya mencadangkan perkara-perkara berikut diberi perhatian:

TIPS MEMILIH KOMPUTER

PROCESSOR TIDAK PENTING

Saya jarang menekankan jenis prosessor bagi komputer, tetapi jika anda mahu membuat rekaan dan illustrasi menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, AutoCAD, atau membuat video, processor yang lebih lJu amatlah dicadangkan.

Biasanya, untuk kerja-kerja berat, processor Intel i5, i7, i8, Rayzen 5 dan Rayzen 7 adalah lebih baik.

Jika anda hanya menaip, kelajuan processor tidak terlalu penting dan memadai anda mengambil processor biasa seperti Intel Celeron, Intel i3 dan AMD Athon.

AMBIL RAM BESAR

RAM adalah satu komponen yang sangat penting di dalam komputer.  Semakin besar RAM komputer anda, semakin pantaslah anda dapat membuat kerja.

RAM akan mempengaruhi kepantasan kerja-kerja proses dilakukan oleh komputer anda.  Ini adalah amat penting bagi golongan yang suka membuat dua-tiga perkara pada satu-satu masa.

Buat masa sekarang, saya cadangkan RAM sekurang-kurangnya 4GB.

AMBIL STORAN JENIS SSD

Storan komputer yang besar membolehkan anda menyimpan lebih banyak maklumat. Oleh itu, semakin besar saiz storan yang disediakan, semakin baguslah komputer itu.

Sungguhpun demikian, kini terdapat dua jenis storn utama yakni storan jenis SSD dan storan jenis SATA.  Storan jenis SSD lebih laju daripada storan jenis SATA, namun kos nya lebih mahal.

tips memilih komputer

Jika anda mahukan kepantasan, storan jenis SSD adalah lebih baik. Jika anda mahukan storan lebih besar, storan jenis SATA adalah lebih baik.

Harus saya ingatkan bahawa jia anda banyak membuat kerja berat seperti membuat video, mengedit graphik dan bermain ‘game’, storan SSD adalah lebih baik.

SAIZ FIZIKAL KOMPUTER PENTING

Saya sering menggalakkan pembeli komputer riba (laptop) agar mengambil komputer yang mempunyai paparan bersaiz 13.3″ – 14″ sahaja, namun skrin pada zamn kini semakin mengecil biarpun mempunyai paparan bersaiz besar.

Biasanya, saiz komputer itu diwakilkan oleh saiz skrinnya.  Oleh itu, saya mencadangkan saiz skrin 14″- 15.6″.

Hal ini kerana laptop dengan saiz skrin tersebut membolehkan anda melakukan kerja dengan mudah kerana paparannya tidak terlalu kecil.

Komputer bersaiz tersebut juga biasanya tidak terlalu besar untuk dibawa ke sana – sini.

Selain saiz skrin, anda juga perlu melihat berat laptop tersebut kerana laptop yang semakin besar dan berat akan menyukarkan anda membawanya, sekaligus menyaksikan ianya mungkin menjadi beban kepada anda.

PASTIKAN PERISIAN ORIGINAL

Pada masa kini, penggunaan perisian cetak rompak semakin sukar, dan oleh itu saya menggalakkan penggunaan perisian asli (original).

Biasanya, pembelian perisian asli membabitkan kos yang amat tinggi, tetapi jika ianya telah sedia dipasangkan ke dalam komputer anda, kos tersebut menjadi kecil.

Pastikan komputer anda mempunyai sistem operasi original seperti Microsoft Windows 10, dan perisian asas versi penuh (full version) seperti Microsoft Office.

Elakkan perisian jenis cubaan (trial version).

KENALPASTI KEGUNAAN

Kaedah anda akan menggunakan komputer merupakan satu perkara penting yang perlu anda pertimbangkan apabila memilih komputer.

Jika anda akan menggunakan komputer untuk kerja pejabat dan asas seperti menaip sahaja, anda tidak perlu membeli komputer yang terlalu hebat, dan memadai anda membeli komputer yang mudah alih.

Jika anda akan menggunakan komputer untuk bermain permain komputer, membuat aturcara, rekaan grafik dan video, komputer yang lebih berkuasa, ataupun komputer desktop amatlah dicadangkan.

KOMPUTER YANG HARUS DIELAKKAN

Saya tidak menggalakkan pembelian komputer yang terlalu mahal (melebihi RM5,000) kerana ianya menjadi kelaziman bagi hampir semua orang untuk menukar komputer selepas 3-5 tahun komputer tersebut digunakan.

Dalam pada itu, saya juga tidak menggalakkan pembelian netbook (komputer riba dengan skrin bersaiz kurang 11″) kerana ianya menyukarkan anda membuat kerja kerana paparan dan keyboardnya yang kecil.

Ianya juga amat lemah, sekaligus mengakibatkan anda tidak boleh menggunakan banyak perisian.

Komputer yang mempunyai skrin sesentuh juga tidak saya galakkan kerana ia merupakan satu pembaziran dimana anda akan kemudian hari jarang menggunakan skring sesentuh tersebut.

AKHIR KATA

Secara peribadi, saya lebih gemar memegang sesuatu komputer sebelum saya membelinya.  Oleh itu, pembelian komputer secara atas talian (online), seperti menggunakan Shopee tidak saya galakkan.

Sungguhpun demikian, harga komputer di Shopee sememangnya sukar dilawan dan jika anda mempunyai ‘bajet’ terhad, tiada salahnya membeli online.

LIHAT HARGA KOMPUTER DI SHOPEE

Cuma anda harus beringat, pembelian komputer secara online bermaksud anda mungkin sukar menggunakan warranty yang anda ada jika komputer tersebut rosak.

Diharapkan tips memilih komputer saya di atas memberi manfaat. Dapatkan lebih banyak perkongsian dari saya di sini.

 

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top