Pelajar Tingkatan 6 dan Diploma dapat RM200

Kementerian Kewangan memutuskan untuk memperluaskan pemberian bantuan RM200 (one off) kepada setiap pelajar tingkatan enam, penuntut jurusan diploma dan lain-lain yang setara.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian itu turut termasuk kepada pelajar di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Amanah Raya (MARA).

“Dengan perluasan ini, peruntukan disediakan dinaikkan daripada RM270 juta kepada RM300 juta yang memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta pelajar.

“Di samping itu, kementerian yang terbabit akan mempercepatkan jadual bayaran kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang layak daripada Mei kepada hujung April ini.

“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar IPT dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

BACA BERITA PENUH DI HARIAN METRO

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top