Cara menjemput pengguna lain ke Group Telegram dengan link

Mahu tahu bagaimana Cara menjemput pengguna lain ke Group Telegram dengan menggunakan link yang sedia ada?

Di sini saya kongsikan bagaimana ianya boleh dilakukan dengan mudah memandangkan Telegram kini lebih baik dari WhatsApp.

Sebelum itu, jika anda belum lagi mempunyai Group Telegram, saya ada menunjukkan cara membuka group Telegram dalam 5 langkah di tutorial ini.

Jika anda sudah ada group Telegram, bacalah seterusnya bagi mengetahui bagaimana untuk menambah ahli Telegram dengan menggunakan pautan (link).

Langkah 1: Tekan nama kumpulan

Langkah pertama sebelum anda menambah ahli baru kepada Group Telegram anda adalah untuk memasuki kumpulan tersebut di Telegram.

Selepas itu anda boleh menambah ahli kumpulan dengan menekan pada nama kumpulan seperti ditunjukkan di bawah.

Langkah 2: Add member

Ini akan membuka tetingkap baharu, dan anda cuma perlu memilih ‘add member’ bagi mengulangi proses penambahan ahli baharu kepada kumpulan tersebut.

Proses ini serupa dengan menambah ahli kumpulan di WhatsApp. Di sini anda perlu tekan “Invite to Group via Link” seperti yang anda lihat dibawah.

Langkah 3: Kongsikan pautan

Apabila anda sudah klik ayat “Invite to Group via Link” , tetingkap baharu akan keluar. Tetingkap ini mengandungi satu pautan.

Klik pada ‘Copy Link’, dan kongsikan pautan tersebut kepada sesiapa yang anda mahu memasuki kumpulan Telegram anda.

Mereka akan terus dibawa ke kumpulan anda sekiranya mereka menekan pada pautan yang dikongsikan tadi tersebut.

Selesai cara menjemput pengguna lain ke Group Telegram

Proses ini boleh diulang berkali – kali sehingga anda mencapai 200,000 ahli kumpulan di dalam kumpulan Telegram tersebut.

Selain tutorial diatas, anda juga boleh belajar cara untuk menambah ahli Telegram secara pukal melalui 3 langkah yang saya kongsikan.

Jika anda ingin melihat lebih banyak tutorial dan perkongsian berbentuk video, subsribe kepada channel Youtube saya atau ikuti saya di Facebook.

Selamat mencuba!

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran PVMA – PPU (Penyejukan dan Penyamanan Udara).

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.  Saya juga ada berkongsi tips dan tutorial yang saya rasakan boleh memanfaatkan pembaca laman saya ini.

Kategori Pendidikan (Education) laman ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri, namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila LIKE DAN FOLLOW saya di FACEBOOK.

error: Sorry.

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Scroll to Top