Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara di sekolah menengah biasa dan sekolah menengah vokasional dibahagikan kepada dua secara amnya.

Bagi sesetengah sekolah, kursus PVMA – PPU (Program Vokasional Menengah Atas – Penyejukan & Penyamanan Udara) ditawarkan. Kursus ini, menawarkan kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Penyejukan & Penyamanan Udara.

Sijil ini yang dianugerahkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi semua calon yang lulus.

Di sesetengah sekolah lain, kursus MPV – MPPU (Mata pelajaran Vokasional – Matapelajaran Penyejukan & Penyamanan Udara) ditawarkan.

Pelajar bagi mata pelajaran ini akan menerima sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, dan mereka akan menduduki ujian MPV – PPU di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

PROGRAM VOKASIONAL MENENGAH ATAS (PVMA)

PANDUAN PENGGUNAAN MYSPIKE

MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV)

Bahan Penyejukan dan Penyamanan Udara

Semua bahan yang dikongsikan di sini adalah daripada pelbagai sumber, termasuk dibangunkan oleh diri saya sendiri.

Segala usaha telah saya lakukan untuk memastikan bahawa bahan – bahan disini adalah terkini dan berguna untuk kedua – dua guru dan pelajar matapelajaran ini.

Tentang perkongsian pendidikan

Perkongsian di sini khusus untuk dua matapelajaran Asas Sains Komputer Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3) dan mata pelajaran Penyejukan dan Penyamanan Udara.

Kedua – dua mata pelajaran ini adalah matapelajaran utama yang diajar oleh saya di sekolah.

Laman ini dikemaskini oleh saya dari masa ke semasa.

Kebanyakan bahan di laman ini dicipta sendiri , namun ada juga bahan yang diambil daripada sumber lain kerana ianya belum dibangunkan atau lebih baik daripada yang sedia ada.

Jika anda mahukan lebih tips, perkongsian dan info terkini berkenaan perkongsian saya, sila FOLLOW saya di FACEBOOK.

error: Sorry.
Scroll to Top

Discover more from Blog.CyrilDason.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading